Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


30 Disember 2009

Dungun - Kuala Lumpur - Dungun

Ambo ni selalu ulang alik menaiki bas dari Dungun - Kuala Lumpur - Dungun. Hari tu terkejut juga dengan berita bas Sani Express kemalangan yang melibatkan 10 kematian. Bulan Disember ni acap jugak ambo ulang alik ke KL menaiki bas.



Kali pertama pada 14 Disember, jam 1115 malam dari Dungun dan sampai Hentian Putra jam 0320 pagi - dengan bas Sani Express. Menginap kat Hotel Royale Bintang, Bukit Bintang. Sepatutnya balik pada Rabu 16 Disember, tapi kena sambung lagi sehari sebab Khamis ada meeting lagi. Nak tukar tiket bas dah tak ada untuk hari Khamis. Terpaksalah beli tiket Firefly Subang - Kerteh. Tempahan disaat akhir mahal banyak - RM202.00 je.

Kali kedua pada 22 Disember, jam 1030 malam dari Dungun dan sampai Hentian Putra jam 0400 pagi - dengan bas Maraliner Express. Check in jam 0430 pagi kat Hotel Seri Pacific sebelah PWTC tu je. Balik pada 23 Disember jam 1030 malam dan sampai Dungun jam 0430 pagi.

Kali ketiga pergi pada 28 Disember jam 1150 malam dan sampai Hentian Putra jam 0445 pagi - dengan bas Adik Beradik Express. Check in jam 0500 pagi kat Hotel Seri Pacific juga. Balik pada 29 Disember jam 1030 malam dan sampai Dungun jam 0420 pagi.

Bandingan antara ketiga-tiga bas diatas, Sani Express yang paling selesa dan tentunya paling cepat sampai. Maksudnya paling laju la tu.

26 Disember 2009

Meracun Rumput

Hari ini ambo melakukan satu kerja yang telah ambo tinggalkan selama 22 tahun yang lepas - meracun rumput menggunakan pam racun yang diletakkan atas belakang. Kerja terakhir ini ambo lakukan di ladang getah Felcra Gugusan Kuala Betis, Gua Musang pada awal tahun 1987, semasa bekerja sambil menunggu result SPM, dengan gaji harian sebanyak RM10.00 sehari - cukup mewah pada masa itu.



Kerja meracun dengan pam racun  dengan purata 7 hingga 10 pam sepagi dan perjalanan turun naik teres getah amat penat bagi ambo pada masa itu - seorang budak yang baru habis SPM, dengan berat badan kurang dari 50 kg.



Hari ni ambo meracun rumput dan tumbuhan kecil di sekeliling rumah ambo di Bukit Marak, Kelantan. Racun Ammo Supre dibeli dengan harga RM22.00 untuk satu liter. Pam racun pinjam dari adik ipar ambo. Bancuh tidak ikut peraturan, campur racun 2 kali ganda dari cadangan kat label - nak kasi power lebih sikit. Kerja-kerja meracun sebanyak 3 pam siap dalam masa kurang dari satu jam. Tak sempat rasa penat pun.



Selepas meracun, cepat-cepat mandi. Masa meracun tadi terpaksa korbankan safety. Pam pulak bocor dan racun tu sentiasa terkena kaki dan betis ambo. Tak ada penutup mulut dan hidung, tak ada baju lengan panjang dan kasut getah. Ambo cuma mengawal semburan agar tidak melawan tiupan angin.

Seminggu lagi baru boleh tengok kesan racun kepada rumput dan tumbuhan kecil tu.

24 Disember 2009

Pasar Ikan Manhattan

Hari Selasa, 22 Dec 2009 ambo ada meeting kat KL. Semasa berhenti rehat dari meeting untuk makan tengahari, boss bawak pergi makan kat Manhattan Fish Market kat bahagian bawah KLCC. Dulu pernah la makan sekali makanan MFM ni, semasa meeting juga, tapi masa tu siap bungkus dan makan kat cafe je.


Pelayan Datang Hantar Makanan Dan Nyalakan Api Depan Pelanggan

Order 3 jenis menu yang berlainan untuk 7 orang. Air minuman peach ice tea dan lemon ice tea - dua-dua free flow, boleh tambah sebanyak mana yang larat.


Macam Nasi Goreng Seafood + Kentang Goreng


Ikan, Sotong, Udang Dan Tiram Bakar


Seafood Goreng Celup Tepung

Selepas makan-makan, lepak-lepak, cakap-cakap dan gelak-gelak - bil pun sampai. Boss bayar dengan not RM50 sebanyak 4 keping.

Memang sedap makanannya dan tentulah sedap juga bayarannya......

21 Disember 2009

Ayah Mertua Masuk Hospital

Jumaat petang, 18 Disember 2009 ambo balik kampung lagi kerana ayah mertua ambo, Tuan Haji Ibrahim Yusoff telah dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.


Apa yang ambo lihat dari minggu lepas lagi, dia berkeadaan kurang sihat dan tidak bertenaga. Tetapi biasanya orang tua tidak menunjukkan ketidaksihatan mereka kepada ahli keluarga. Walaupun tidak sihat, beliau masih lagi dapat ulang alik ke masjid untuk berjemaah.

Beliau mengalami masalah gout dikedua-dua belah kaki dan ianya semakin teruk bilamana tidak dapat berjalan dan mula mengalami sakit dalam perut. Analisis doktor mengatakan kandungan garam dalam darah sudah terlampau tinggi. Beliau juga ada masalah kadar denyutan jantung yang tinggi dan tekanan darah yang lebih tinggi dari biasa. Mengikut rekod, masalah buah pinggang yang dikesan semakin teruk sejak dari 2007 lagi - tidak dalam pengetahuan beliau dan keluarga kerana tidak diberitahu oleh doktor pada masa itu.  



Sabtu dan Ahad - keadaan beliau semakin teruk, kedua-dua kaki bengkak pada sendi lutut dan buku lali. Cuma kadar denyutan jantung semakin baik dan tekanan darah hampir macam biasa, walaupun sedikit tinggi dari tekanan normal. Doktor memberikan contoh ubat gout yang baru untuk dibeli difarmasi kerana hospital tidak membekalkan ubatan berkenaan. Ubat gout yang selama ini dimakan oleh beliau sudah tidak sesuai dan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada buah pinggang. Doktor juga menyatakan bahawa beliau kena menjalani pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenar buah pinggangnya. Jika buah pinggangnya rosak, beliau kena menjalani rawatan hemodialisis selama 3 hari berturut-turut.



Isnin - ambo sudah balik ke Dungun semalam sebab hari ini kerja. Hari ini beliau menjalani untrasound buah pinggang dan keputusannya Alhamdulillah, buah pinggangnya masih lagi baik dan tidak perlu menjalani rawatan pembersihan (hemodialisis). Berita baik dari kampung mengatakan beliau sudah balik dari Hospital. Tetapi keadaan gout beliau semakin teruk. Kaki semakin membengkak dan sangat sakit bila digerakkan. Pihak Hospital hanya bertanggugjawab memeriksa jantung, buah pinggang dan tekanan darah sahaja. Gout tu boleh makan ubat farmasi kat rumah sahaja dan tunggu kaki surut bengkak sahaja.



Pesanan doktor, untuk cepat baik dari gout, beliau tidak boleh makan makanan laut, sayuran hijau, segala jenis kekacang, pisang dan limau.

05 Disember 2009

Makan Malam

Malam ni menu makan malam ambo simple je. Ubah selera sekali sekala, asyik makan nasi sahaja kadang boring jugak. Tengahari tadi ambo masak kari kambing. Berselera betul makan kari tambah-tambah lagi masakan sendiri...heheh.

Balik dari cuti Raya Haji kat kampung , ambo terbau nangka masak. Alamak....2 biji nangka madu ambo kat belakang rumah masak serentak. Sebiji yang besar masih lagi okay manakala buah yang lebih kecil dah busuk. Takde rezeki la tu. Selepas ambo bahagi-bahagikan kepada jiran-jiran, ambo simpan separuh dalam peti. Sudah seminggu lebih masih lagi elok. Hari-hari makan nangka.


Lebihan kari kambing tengahari tadi dipanaskan dimakan bersama roti Gardenia


Lepas Tu Makan Nangka Madu Pula


Diakhiri Dengan Teh -O-Suam
Sebelum tidur....air kosong satu !

04 Disember 2009

Sikap Orang Kita

Hari ini ambo nak menulis pasal sikap buruk orang kita dalam 2 perkara.

Perkara Pertama : Buang Sampah



Suatu malam ambo keluar buang sampah. Sebaik selesai dan masuk dalam kereta, datanglah satu Innova menghampiri secara perlahan tong sampah besar berkenaan. Anak perempuannya secara tiba-tiba mencampakkan bungkusan sampah dari dalam kereta. Akibat campakkan itu, sampah berkenaan jatuh diluar tong sampah yang begitu besar. Drebar kereta pakai kopiah, isteri dan anak perempuannya siap bertudung. Apa ada pada penampilan sekiranya perangai dan sifat buruk tidak dapat dibuang. Satu contoh tauladan yang buruk kepada seluruh keluarga mereka.

Apa salahnya berhenti sekejap dan buang sampah tu betul-betul dalam tong yang disediakan. Kalau PBT lambat ambil, marah dan sumpah seranah, tapi kita sendiri yang buat salah tak apa ke?

Gunakan akal anugerahNya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara Kedua : Acu Cuba Try Test

Hari ini ambo pergi ke Supermarket untuk beli keperluan dan barangan dapur. Ramai orang sebab Supermarket ni baru dibuka setelah lebih setahun ada masalah dengan kerajaan negeri. Hehehe...

Semasa ambo sampai kat bahagian buah-buahan, ambo lihat seorang wanita sedang mengambil sebiji buah anggur merah dan memasukkan kedalam mulutnya. Ambo terkejut dan kami bertentang mata, dia semacam diam tanpa mengunyahnya. Barangkali dia menyedari ambo sedang memerhatikan perbuatannya. Terdetik dalam hati ambo, wanita ni sedang mencuri sebiji anggur merah.



Dalam kereta semasa perjalanan balik, isteri ambo pun ada cerita perkara yang sama ketika dia berada disitu. Seorang lelaki mencuri dengan selamba ambil makan sebiji buah anggur berkenaan dan terus berlalu tanpa membelinya. Seorang lagi wanita mencuba juga dan memuji kemanisannya. Tetiba anaknya juga mahu merasa dan dia terus mengambil sebiji lagi untuk anaknya rasa.

Datang lagi seorang wanita bersama seorang anaknya. Anaknya merengek mahu makan buah anggur merah berkenaan. Emaknya memujuk dan meminta anaknya bersabar sehingga dia selesai pilih, timbang dan sesudah bayar baru boleh dimakan. Sikap dan sifatnya sangat berbeza dengan wanita terdahulu. Setau ambo, walau sekecil buah anggur itu, ianya adalah bukan hak kita, haram dimakan selagi belum dibayar harganya.

Tanggungjawab seorang ibubapa adalah mengajar perkara-perkara yang betul kepada anak-anaknya. Sekiranya perkara sekecil itu pun tidak dapat dielakkan atau diajar halal haramnya, tunggulah bila mereka dewasa, mereka pasti akan mengikuti jejak langkah dan ajaran kita yang buruk itu. Semakin teruklah orang Islam dibumi Malaysia ini.

01 Disember 2009

Solat Hajat Rumah Baru

Sabtu malam Ahad, ambo buat kenduri ala kadar untuk satu solat hajat sempena naik rumah baru ambo kat Taman Nur hakim, Badak Mati, Bachok. Rumah ini ambo beli sejak setahun lalu dan baru boleh diduduki setelah selesai urusan pinjaman, pembayaran dan pembaikian. Ambo hanya memperuntukkan dua atau 3 hari dalam sebulan untuk menginap dirumah ini. Tujuan utama untuk diduduki selepas pencen nanti.


Bacaan Doa Oleh Pakteh Esa


Antara Sedara Mara Yang Hadir


Ayah Ambo

Lauk pauk dimasak dirumah mertua ambo dan dibawa kesini. Disebabkan dah dua tiga hari makan daging, maka ambo buat menu utama ikan baung sungai masak lemak daun kesum, ayam goreng berempah, daging goreng, acar timun dan sambal sahaja. Jemputan terdiri dari sanak saudara, jiran dan jemaah surau sahaja. Meriah juga la, orang lelaki seramai 30 orang dan kaum hawa lebih dari 10 orang.

30 November 2009

Hari Raya Korban

Sempena Hari Raya Aidil Adha - Raya Korban - Raya Haji baru ni, seperti tahun-tahun lepas ambo turut menyertai korban sebanyak satu bahagian sahaja. Tahun ni ambo ambik lembu Pak Sedara ambo - Paksu Lah. Selalunya ambo ambik lembu Bapa Mertua, tapi tahun ni sengaja beralih angin untuk korban kat kampung sendiri.


Lembu Korban - Besar Dan Cukup Gemuk
Gosok Nak Ucap Selamat Tinggal


Paksu Lah Sedang Berusaha Untuk Menumbangkan Lembu Kesayangannya

Satu bahagian lembu ni hanya RM350.00 dan setelah dilapah dan dibahagi 7 bahagian - masing-masing dapat daging sahaja sebanyak 21 kilogram. Tulang, perut, hati dan organ dalaman lain tidak ditimbang, bahagi secara tompokan sahaja. Daging korban dibahagi-bahagi kat kampung ambo dan sebahagian lagi kat kampung isteri ambo. Selebihnya ambo buat kenduri untuk Solal Hajat rumah baru ambo di Taman Nur Hakim.


Mula-Mula Sembelih Dengan Sebelah Tangan



Lembu Besar, Kulit Tebal, Kena Guna Dua Tangan Pulak



Acara Melapah Daging


Acara Membahagikan Daging Korban


Acara Membahagikan Tulang Dan Organ Dalaman


Gaya Seorang Model Sambilan

Setelah kerja-kerja melapah dan membahagikan daging selesai, semua orang menjamu selera dengan menu yang sama setiap kali Raya Korban - Daging Singgang, Daging Goreng dan Sambal. Semuanya cukup berselera.

Malam tu diadakan pula kenduri majlis tahlil untuk mengingati ibubapa adik beradik, anak-anak, sedara mara dan muslimin muslimat yang sudah meninggal dunia.

Makan daging lagi - Raya Haji adalah raya untuk  makan daging.

22 November 2009

Jalan Ke Rumah Ambo Runtuh - Ambo Tak Boleh Keluar

Hari ini Ahad, 22 November 2009, sudah masuk hari kelima hujan turun untuk musim tengkujuh tahun ini. Tiga hari pertama taklah lebat sangat tetapi dua hari lepas hujan menjadi-jadi. Malam tadi hujan sangat lebat. Petir pukul 3 pagi mengejutkan ambo kerana bekalan eletrik terputus bila ELCB terpelantik. Hujan masih mencurah-curah lagi.

Seperti biasa ambo keluar jam 7.15 pagi untuk ketempat kerja. Alamak...jalan biasa ambo lalui ketempat kerja separa runtuh kedalam sungai, tak berani nak lalui dengan Caldina, kalau dengan Kancil boleh lagi kot. Telefon isteri supaya dia tak lalu ikut jalan itu. Hujan lebat sepanjang jalan terutama di Paka, air melimpah melintasi pembahagi jalan tapi masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Tengahari, isteri ambo telefon beritahu jalan yang separa runtuh tadi dah runtuh semuanya. Air dari kawasan sekitar yang mengalir laju menghakis tanah dan pasir dibawah jalan menjadi penyebab utama. Ini adalah jalan Majlis Perbandaran Dungun melalui tebing sungai yang dibawah seliaan Jabatan Parit Dan Saliran, tak tahu la bila boleh dibaikinya.


Tiga Tempat Runtuhan, Dua Runtuhan Separa Dan Satu Runtuh Semuanya

Disebabkan kawasan sekitar rumah ambo ada satu lagi jalan keluar masuk, keruntuhan jalan ini tidaklah memberi kesan ketara kepada ambo dan jiran-jiran. Tetapi laluan itu pun sudah nampak tanda-tanda macam nak runtuh juga. Kalau jalan ini pun runtuh, kereta ambo dan jiran-jiran tidak lagi dapat keluar. Tunggu dan lihat je la.


Runtuhan Utama


Runtuhan Separa Kedua



Runtuhan Separa Ketiga


Punca Aliran Air Yang Menyebabkan Runtuhan
Paip Bekalan Air Ke Rumah Ambo Terletak Disini


Sungai Sura - Tak Pernah Lagi Lihat Air Sebanyak Ini


Alia Bergambar Kenangan Sambil Main Air

-----------------------------------------------------------

Update, Isnin 23 November 2009

Pagi - Jalan alternatif nak keluar semakin teruk, runtuhan semakin merebak ke kiri jalan, semalam sebelah kanan sahaja. Pagi tadi berani lagi lalu nak ke pejabat. Air yang masih lagi mengalir sedang menghakis tanah dan pasir dibawah jalan melalui lubang besar.

Petang - Semasa ambo balik dari kerja, jalan alternatif tu masih boleh dilalui. Tetapi lubang semakin besar dan dalam.

Selepas Maghrib - Jiran ambo telefon beritahu - jalan sudah runtuh dan putus, tidak boleh dilalui langsung. Paip air sudah nampak tapi masih elok dan tidak bocor.

Maka, ambo dan jiran-jiran putus hubungan. Kereta motor tak boleh keluar.

17 November 2009

Ikan Sokmo

Hari ini ambo cuti, ada urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Kuala Terengganu. Bertolak dari Dungun jam 9.00 pagi, sampai jam 10.30 pagi. Urusan siap dalam masa setengah jam je. Dalam perjalanan balik Dungun sempat lagi singgah 3 tempat - outing sorang diri ambil gambar landskap.

Semasa melalui Jambu Bongkok, ambo berhenti disalah satu gerai jual ikan darat. Tengok ada ikan Toman, Tapah, Keli, Puyu, Haruan, Sepat dan Belut. Ikan Toman yang masih hidup dijual pada harga RM16.00 sekilo. Mahalnya, hari Jumaat lepas ambo beli di Penarik hanya RM5.00 sekilo.


Gerai Menjual Ikan Darat, Tergantung Adalah Ikan Tapah

Minggu lepas ambo dah makan Toman masak lemak daun kesum. Walaupun mahal, ambo tetap nak beli. Kali ini ambo ambik seekor Toman seberat 1.8kg dan selepas tawar menawar dapatlah dengan harga RM25.00, siap siang dan basuh. Okayla tu.


Kesian Ikan Toman Kena Siang

Sampai Rantau Abang ada pulak gerai jual ikan darat untuk peliharaan. Ada ikan sepat, ikan kalui kampung dan ikan puyu. Setiap beg plastik berisi dua hingga 3 ekor ikan dijual pada harga RM10.00. Ambo ambik satu beg ikan kalui kampung untuk dimasukan kedalam akuarium ikan puyu yang sedia ada.



Ikan Kalui Kampung Dalam Air Paya Yang Merah

Sampai rumah jam 1.00 tengahri, isteri hidangkan makan tengahari berlaukkan ikan merah goreng. Hahaha...ikan sokmo....best.

16 November 2009

Balik Kampung - Best Sokmo

Hari Jumaat, 12 November 2009 ambo datang kerja tapi jiwa kacau, meronta-ronta nak balik kampung. Tengok kepada kerja yang tak banyak, ambo ambik keputusan kerja separuh hari. Lepas solat Jumaat terus cabut balik kampung.


Pauh Mas Hitam, Pauh Che Ana, Pauh Harum Manis, Limau Nipis, Nyiur Dan Namgka Madu

Hari Sabtu - aktiviti kat rumah baru ambo kali ini adalah sangkut langsir - hampir 80% dah siap. Lagi baki tu tunggu nak beli kain dan design je lagi. Kali ini semua langsir tu direka dan dijahit isteri ambo. Aktiviti tanam pokok-pokok, repair sistem paip air dan repair saluran air adalah tugasan utama ambo kali ini. Gril rumah pun dah hampir siap, minggu depan boleh dipasang. Aktiviti meratakan 2 lori tanah tak sempat + tak larat nak buat. Minggu depan la.



Hari Ahad, lepas makan nasi belauk ayam bakar, ambo pergi ke Rantau Panjang - jalan-jalan cari pasal sebab dah lama sangat tak berkunjung kesini. Isteri ambo beli buahan, perkakas dapur, periuk dan kuali untuk rumah baru. Ambo sempat juga beli kasut, baju dan seluar sepasang dengan kos RM125 sahaja. Semuanya made in siam! Hahaha...semua orang suka barang siam - pauh siam, beras siam dan mek siam.
Lepas Maghrib balik Dungun.

26 Oktober 2009

Nostalgia Dulu-Dulu 4



Background No 97, Lorong 6, Perumahan Petronas Fasa 2.
Lesen ambo pakai alamat ni lagi.

Ambo dulu-dulu acap juga keluar naik motor ramai-ramai (bukan merempit), tapi taklah jauh sangat, dalam negeri Terengganu sahaja. Ni adalah konvoi pertama ambo. Trip ke Sekayu ini disertai oleh member-member ILPP, semasa OJT kat GPP1, Petronas Gas Berhad, Kerteh. Dari kiri Wan Mohamud - Kawasaki Ninja BCX4623, Ishak Rahim, Khaidir - Yamaha RXS JBB494, Nor Akhsan Ramli @ Acang, Jailani Jalil - Suzuki Best CAC2227, Ambo - Suzuki TRS CU5049 dan Azhar M Roslan @ Sungkai.



Ini trip kedua ambo ke Sekayu. Sebelum tu singgah kat Bukit Besi dan Sekayu. Kemudian pergi ke Empangan Kenyir. Dari Empangan Kenyir ambo sorang diri balik ke Kelantan untuk bercuti. Member-member lain terus balik ke Kerteh. Dari kiri Hamidan Abu Bakar -Kawasaki Ninja TP8130, Ambo - Yamaha RXZ TP2740, Tg Mazran @ Pokku - Kawasaki Ninja TP9160, Tukimin Jalil - Honda apa ntah TQ4463 dan Nazri Idris @ Hang atas motor Aqbal - Suzuki Panther TP1511.


Wan Idris ada jugak..........mana scrambler kuning demo?

Hari-hari lain ambo biasanya sorang-sorang balik Kelantan setiap bulan. Last sekali konvoi sorang-sorang ke Triang, Pahang dalam perjalanan nak ke rumah bapa sedara ambo. Nasib tak baik ambo hari tu, accident langgar van blok laluan ambo masa dia nak masuk simpang Paya Luas, Temerloh. Patah tangan dan tercabut sendi bahu. Enam bulan rehat cuti sakit kat kampung.

Bila dah baik, ambo jual RXZ, pakai Honda Cub 70, sampai sekarang ada lagi. Hahaha...takleh konvoi lagi.

25 Oktober 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Sudah 2 minggu berturut-turut ambo balik kampung. Petang Khamis selepas kerja ambo mula bertolak balik sebelum jam 6 petang. Sampai rumah mertua kat kampung kurang lebih jam 10.30 malam. Bergantung kepada banyak singgah - solat, makan dan qada hajat - dan juga bergantung kepada cuaca.

Aktiviti pagi Jumaat mesti cari nasi berlauk dulu, biasanya kat Kg Pasir Ara atau depan Mardi Kubang Keranji, Pasir Tumbuh. Lepas makan, terus ke Medan Ilmu, dengar kuliah mingguan Tok Guru - Tuan Guru Nik Ab Aziz Nik Mat, satu-satunya Menteri Besar yang ada masa untuk memberi peringatan kepada rakyat dari zaman ambo budak-budak sampai ke sekarang. Salute Tok Guru.



Lepas solat Jumaat, terus pergi rumah ambo kat Taman Nur Hakim, Badak Mati. Minggu lepas repair sistem bekalan air kerana bekalan air kat sini terlalu rendah tekanannya. Buat satu tangki konkrit bawah tanah, pasang satu pam air dan bersih tangki atas bumbung. Kosnya lebih dari seribu ringgit. Ambo juga buat kerja-kerja bersih rumah luar dan dalam beserta kerja-kerja cuci kawasan. Minggu lepas sempat tambun tanah keliling rumah dan minggu ni siapkan kerja menambun. Masih tak cukup lagi, kena order lagi 2 lori.

Reel dan langsir sudah siap dipasang, cuma ada sebahagian langsir masih lagi dalam proses jahitan oleh isteri ambo. Juga, sedang menunggu siapnya grill, adik ipar ambo janji hujung minggu depan siap la. Banyak ribu jugak tu kena bayar. InsaAllah sebelum Aidil Adha bolehlah ambo mula menduduki ruamh ini - untuk selama 2 malam setiap hujung minggu atau setiap bulan, bergantung kepada keadaan.



Hari Sabtu keluar ke Bandaraya Islam sekejap untuk cari barangan, keperluan dan barangan kiriman saing-saing di Dungun. Sambung pulak kerja kat rumah ambo sampai petang dan bertolak balik ke Dungun jam 6.00 petang. Sampai Dungun jam 11.00 malam.

Penatnya.......

13 Oktober 2009

09 Oktober 2009

TT Dan Outing Geng Photographer Dungun

Alhamdulillah, malam tadi ada TT - tea tarik session bersama set photographer DM Dungun ( DM - Digital Mukmin, Ustaz Azhar Idrus punya).

Hanya ada 5 orang yang dapat hadir iaitu Ambo, Sam-Soul, Gozali, Fdloeziq dan Green Boy. Sessi bermula jam 1030 malam dan tamat jam 1210 tengah malam, itupun sebab kedai makan dah nak tutup.

Pagi tadi pula kami buat outing iaitu sesi mengambil gambar sambil belajar - kat Pantai Teluk Lipat dan Teluk Gadung, Dungun. Masing-masing berkongsi kemahiran, cara setting camera, teknik fotografi untuk menambahkan kecekapan dan skill fotografi.

Petang ni ada satu lagi sesi outing bersama set DM Kuala Terengganu dan insyaAllah akan diketuai oleh Sifoo - Ustaz Azhar Idrus. Ini adalah kali kedua ambo dapat outing bersama beliau.





Ambo semakin seronok dengan hobi fotografi ini.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009