Kat Dungun ni setau ambo hanya ada satu je kedai yang menjual roti tempayan. Kedai ni dah agak lama dibuka tapi ambo baru je tau. Hari tu dah pergi sekali. Sedap juga roti dan kari kambingnya.
Malam ni tak nak makan nasi dan ingat nak makan ringan-ringan sikit. Ulang pergi pula kedai tersebut dan order 3 roti tempayan, 2 kuah kari kambing dan 1 kuah kari ayam. Minum 2 milo-beng dan 1 teh-o-beng.
Lepas makan bayar RM20.00 kat kaunter dan dapat balik 30 sen.
Hari ni ambo pergi jalan-jalan kat Mid Valley. Walaupun dah hampir jam 2.40 petang, ambo belum makan lagi. Masih terasa kenyang breakfast jam 6.30 pagi kat Concorde Hotel. Makan mee goreng mamak, bubur nasi, telur separuh masak dan jus jambu batu.
Naik kat food court dan terasa nak makan chicken chop rice, RM8.70 sepinggan. Sambil tunggu makanan siap, order air tebu, RM2.95 segelas. Bila sampai je, chicken chop tu masih mengelegak panasnya. Mesti sedap ni.
Hampeh.........separuh je dapat habiskan.
Semalam pergi melawat Mini Zoo Kemaman. Semalam juga merupakan hari makan kat kedai, pagi makan nasi lemak bilis. Beli tujuh bungkus untuk 3 orang - RM9.10. Makan dulu kat rumah lima bungkus. Bawa bekal dua bungkus dan makan semasa sampai kat Mini Zoo.
Balik tengahari dan singgah kat Bandar Chukai. Pusing-pusing dan makan nasi beriani. Lauk kari kambing, ayam goreng seketul, nasi dua pinggan setengah dan teh-o-beng dua, milo-beng satu - kena sembelih RM20.20. Mahal gila makanan sekarang.
Malam pula Alia ajak pergi makan kat KFC, nak boikot ke tak nak boikot. Lama dah tak makan kat KFC, rasa rindu la pulak. Akhirnya tewas kepada sedapnya ayam goreng KFC - kena RM27.80 untuk sekeluarga.
Sehari perbelanjaan untuk makan, RM9.10 + RM20.20 + RM27.80 = RM57.10 untuk 3 sekeluarga. RM19.00 seorang. Alhamdulillah, masih mampu berbelanja agak mewah.
Caknakah kita kepada si miskin? Tepuk poket, bahagi-bahagikan sikit.
Selain dari masak secara biasa - gulai, kari, singgang, goreng kunyit, goreng celup tepung dan bakar, sotong boleh juga disayur bersama dengan buah gajus yang hampir masak. Masakan ini popular dan menjadi antara menu wajib semasa musim sotong di negeri Terengganu. Kata orang kalau buah gajus dah mulai masak, maka musim sotong pun bermula.Gajus separuh masak dibelah kecil-kecil dan dicampur dengan 2 sudu besar garam. Diramas-ramas untuk mengeluarkan airnya. Cara masaknya - campur hirisan sotong, gajus yang diperah, santan pekat, bawang besar, lada besar, ikan rebus yang ditumbuk dan garam gula secukup rasa. Agak-agak sotong dah masak boleh terus diangkat. Lepas masak tu hidang dengan ikan gelama kering goreng, teh-o-beng limau.
Sedapnya, gerenti tambah nasi.
Hari ni hari rehat ambo dan sekolah masih bercuti sempena hari Wesak, ambo bagi 2 pilihan kepada isteri dan anak ambo, mandi air terjun Cemerong atau pergi melawat zoo yang baru dibuka di Kemaman. Pilihan mereka, Mini Zoo Kemaman - lain kali pergi mandi air terjun Cemerong, Hulu Dungun.
Jarak perjalanan kurang lebih satu jam sahaja. Sampai kat sana orang dah ramai. Tiket diskaun 50%. Kena juga RM13 untuk 3 orang. Ada disediakan buggy car percuma untuk masuk dan keluar. Malas nak beratur dan berebut, kami berjalan sahaja kerana jaraknya pun tak sampai 300m.
Tak banyak binatang seperti zoo lain, gajah ada la 2 ekor, burung-burung, ular dan sedara mara kucing. Tak nampak pula harimau dan singa tersengih. Zoo terlalu baru dan tak sempat nak isi binatang kot. Ada juga la semacam taman tema, ada gelungsur dan air terjun, tapi airnya keruh semacam je dan ada katak mati terapung.
Tumpuan isteri ambo adalah rumah orkid. Pokoknya segar dan bunganya cantik-cantik. Ambo hanya ambil gambar, segala macam gambar untuk menambahkan kemahiran dalam minat baru ambo ni.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009