Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


27 September 2009

Perjumpaan Keluarga Haji Mamat - 1430 H

Sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ni, satu perjumpaan keluarga sambil berbarbeque dan picnic telah diadakan di Pantai Perkasa, Bachok pada raya ke enam - Jumaat, 25 September 2009 mulai jam 3.00 petang hingga maghrib.

Meriah juga perjumpaan kali ini kerana ramai juga anak cucu cicit arwah Hj Mamat yang datang, tak sempat nak kira. Kepada sanak saudara yang tidak dapat datang kerana komitmen lain, diharap dapat datang ditahun depan pula. Ambo tak nak cerita panjang, gambar-gambar dibawah ni akan menceritakan semuanya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan saat-saat manis ini demi untuk dikenang dan dikongsi bersama. Masihkah akan ada lagi ikatan kekeluargaan dan suasana begini 10 tahun, 20 tahun lagi?
Komitmen dan usaha kita adalah jawapannya tetapi hanya dengan izin Allah Taala.















Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009