Lama rasanya tidak minum air buah buatan sendiri. Hanya buah pauh (mempelam) mas hitam dan pisang je ada kat rumah. Sebelah buah pauh + sebiji pisang + 3 sudu gula, 2 gelas air sejuk dan semangkuk air batu dimesin dan jadilah satu jag air buah. Pekat, sejuk, kurang manis, original tanpa perasa tiruan dan sudah tentu sedap.
04 April 2009
01 April 2009
Kucing Ambo
Sekarang ni ambo masih ada 3 ekor kucing, si ibu bernama Bella dan sepasang anak yang berumur 5 bulan. Si jantan bernama Miki dan si betina bernama Fifi. Keduanya aktif, lincah dan amat nakal. Bapanya, si Comel mati secara mengejut pada malam raya lalu.
Gambar 1 : Bella sedang asah kuku semasa bermain diluar rumah
Gambar 2 : Miki sedang menemani Alia surf internet
Gambar 3 : Fifi sedang memanaskan badan dengan laptop sambil main dengan kucing dalam laptop
Gambar 4 : Miki sedang membulatkan badan semasa cuaca sejuk dan hujan lebat.

Label:
Minat Ambo
Sup Siam Tulang Lembu Tempatan
Semua jenis sup memang sedap, samada sup tulang, sup ekor, sup gearbox ataupun sup tulang. Hari ini isteri ambo masak sup siam tulang lembu. Kalau di Kelate, boleh dikatakan 99% kedai akan menggunakan tulang lembu tempatan untuk dibuat sup. Berbeza dengan negeri Teranung, kebanyakan kedai makan menggunakan tulang import untuk dibuat sup. Kesedapannya agak kurang untuk selera ambo. Bukan tiada kedai yang guna tulang lembu tempatan, tapi payah nak jumpa.
Selera ambo masih lagi cenderung kepada sup tulang lembu tempatan. Pagi tadi beli tulang RM15 sekilo kat Pasar Dungun. Masak macam sup tulang biasa cuma letak satu rempah sup bunjut dan satu rempah sup siam. Macam biasa, perah sikit limau nipis dan makan bersama sambal lada. Kesedapannya diterjemahkan dengan air mata dan air hidung yang mengalir semasa memakannya.
31 Mac 2009
Solok Lada Kelate
Antara makanan kegemaran ambo adalah solok lada. Setiap kali balik Kelate, solok lada adalah benda utama masuk dalam senarai yang ambo mesti makan, samada beli ataupun dibuat oleh isteri atau mak mertua ambo.
Kalau kat Dungun ni, isteri ambo biasa juga buat sendiri. Sekarang ni lada yang ambo tanam kat belakang rumah berbuah lebat dan sesuai dikutip untuk dibuat solok lada. Dapat la buat sebanyak 15 biji je dan sempat lagi bagi kat jiran-jiran untuk makan tengahari.
Solok lada Kelate sedikit berbeza dengan solok lada Teranung (dipanggil sarok lada) bukan sahaja dari segi pembuatan tetapi juga dari segi rasa. Solok lada Kelate guna ikan mentah manakala sarok lada Teranung guna ikan rebus. Solok lada Kelate direbus dengan santan tetapi sarok lada Teranung dikukus.
Lidah Kelate ambo sentiasa sukakan solok lada Kelate.

Akuarium Ambo
Minat ambo memelihara ikan baru bermula hampir 2 tahun yang lepas. Masa tu tak berapa pandai lagi, kebanyakan ikan mati selepas beberapa ketika. Ambo bermula dengan memelihara ikan guppy dalam pasu pasu kecil sahaja. Sampai sekarang pasu berkenaan ada lagi dan ikan guppy sudah bertambah membiak dan banyak.
Akuarium kedua ambo beli akuarium kaca dan mula memelihara ikan koi jepun. Malangnya ikan tersebut mati semasa ambo balik kampung, walaupun dan diberi makan oleh jiran, namun tak sesuai kerana airnya menjadi cepat keruh. Selepas itu ambo memelihara ikan puyu dan ianya berakhir dengan kematian juga. Ikan tersebut tak mahu makan dan airnya juga menjadi keruh dan kehijauan. Rupanya akuarium tersebut terdedah kepada cahaya matahari dan menyebabkan airnya keruh walaupun sudah dibubuh ubat green away. Selepas ambo letak dalam rumah sekarang ni ikan puyu dan lampam ambo sudah galak dan membesar.
Selepas bertambah kemahiran memelihara ikan, ambo buat keputusan untuk membeli satu lagi akuarium besar untuk ikan koi. Akuarium ni ambo letak diberanda rumah. Besarlah juga bajet untuk minat ini.
Untuk masa depan ambo bercadang nak buat satu lagi kolam besar untuk ikan koi, tetapi kena belajar dan banyak membaca dulu untuk menambahkan ilmu dan kemahiran memelihara ikan. Banyak lagi hiasan dan perubahan yang akan ambo cari sedikit demi sedikit untuk menjadikan akuarium baru ambo ni bertambah cantik dan menarik, tetapi tidak terlalu menyerabutkannya.
Kini, menjadi satu rutin untuk ambo lepak sini sambil makan petang bersama famili untuk menikmati bunyi air dan melihat ikan galak berenang sambil menyambar makanan.

30 Mac 2009
Putu Mayam
Nama : Putu Mayam
Harga : RM1.00 sahaja untuk 3 biji
Tempat Beli : Kedai Peringat, Kota Bharu, Kelantan
Komen : Sedap tapi manis sangat, biasa tak berapa manis
Harga : RM1.00 sahaja untuk 3 biji
Tempat Beli : Kedai Peringat, Kota Bharu, Kelantan
Komen : Sedap tapi manis sangat, biasa tak berapa manis
Putu mayam ialah sejenis pembasuh mulut bagi kategori kuih yang menggunakan kelapa parut dan gula melaka atau gula merah sebagai bahan utama. Namun, gula melaka menjadi pilihan kebanyakan penggemar kuih putu mayam.
Ia terkenal sebagai makanan hidangan pagi atau petang. Putu mayam ini mempunyai bau yang wangi kerana santan yang digunakan dicampurkan dengan daun pandan. Ia mengeluarkan aroma wangi yang mampu membangkitkan selera.

Makan-Makan
29 Mac 2009
Harga Makanan Di Kelate Dan Terengganu
Hari ini ambo balik Kota Bharu atas satu urusan peribadi. Bertolak dari Dungun jam 6 pagi dan singgah makan nasi berlauk kat Kuala Besut jam 0900 pagi. Boleh tahan sedapnya, untuk sepinggan nasi berlauk ikan aya dan secawan teh harganya RM4.00 sahaja.
Tengahari selesai urusan peribadi, ambo ingat nak pekena sup tulang kat Tambatan Diraja, tapi disebabkan bandar sesak, ambo singah makan kat satu kedai kecik jalan ke Kg Sireh, tepi simpang masuk untuk ke Tesco. Nasi putih bungkus berlaukkan gulai dalca ayam + ayam goreng madu dan teh-o-beng harganya RM3.50 sahaja! Lagi murah dari makan nasi berlauk pagi tadi.
Kesimpulannya, makanan kat Kelate masih lagi lebih murah walaupun jika dibanding dengan negeri Terengganu. Kuala Besut dan Kelate sangat dekat dan bercakap bahasa yang sama, tetapi harga makanannya tidak sama.

Tempat Makan
Langgan:
Catatan (Atom)
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009