Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


05 Disember 2009

Makan Malam

Malam ni menu makan malam ambo simple je. Ubah selera sekali sekala, asyik makan nasi sahaja kadang boring jugak. Tengahari tadi ambo masak kari kambing. Berselera betul makan kari tambah-tambah lagi masakan sendiri...heheh.

Balik dari cuti Raya Haji kat kampung , ambo terbau nangka masak. Alamak....2 biji nangka madu ambo kat belakang rumah masak serentak. Sebiji yang besar masih lagi okay manakala buah yang lebih kecil dah busuk. Takde rezeki la tu. Selepas ambo bahagi-bahagikan kepada jiran-jiran, ambo simpan separuh dalam peti. Sudah seminggu lebih masih lagi elok. Hari-hari makan nangka.


Lebihan kari kambing tengahari tadi dipanaskan dimakan bersama roti Gardenia


Lepas Tu Makan Nangka Madu Pula


Diakhiri Dengan Teh -O-Suam
Sebelum tidur....air kosong satu !

04 Disember 2009

Sikap Orang Kita

Hari ini ambo nak menulis pasal sikap buruk orang kita dalam 2 perkara.

Perkara Pertama : Buang Sampah



Suatu malam ambo keluar buang sampah. Sebaik selesai dan masuk dalam kereta, datanglah satu Innova menghampiri secara perlahan tong sampah besar berkenaan. Anak perempuannya secara tiba-tiba mencampakkan bungkusan sampah dari dalam kereta. Akibat campakkan itu, sampah berkenaan jatuh diluar tong sampah yang begitu besar. Drebar kereta pakai kopiah, isteri dan anak perempuannya siap bertudung. Apa ada pada penampilan sekiranya perangai dan sifat buruk tidak dapat dibuang. Satu contoh tauladan yang buruk kepada seluruh keluarga mereka.

Apa salahnya berhenti sekejap dan buang sampah tu betul-betul dalam tong yang disediakan. Kalau PBT lambat ambil, marah dan sumpah seranah, tapi kita sendiri yang buat salah tak apa ke?

Gunakan akal anugerahNya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara Kedua : Acu Cuba Try Test

Hari ini ambo pergi ke Supermarket untuk beli keperluan dan barangan dapur. Ramai orang sebab Supermarket ni baru dibuka setelah lebih setahun ada masalah dengan kerajaan negeri. Hehehe...

Semasa ambo sampai kat bahagian buah-buahan, ambo lihat seorang wanita sedang mengambil sebiji buah anggur merah dan memasukkan kedalam mulutnya. Ambo terkejut dan kami bertentang mata, dia semacam diam tanpa mengunyahnya. Barangkali dia menyedari ambo sedang memerhatikan perbuatannya. Terdetik dalam hati ambo, wanita ni sedang mencuri sebiji anggur merah.



Dalam kereta semasa perjalanan balik, isteri ambo pun ada cerita perkara yang sama ketika dia berada disitu. Seorang lelaki mencuri dengan selamba ambil makan sebiji buah anggur berkenaan dan terus berlalu tanpa membelinya. Seorang lagi wanita mencuba juga dan memuji kemanisannya. Tetiba anaknya juga mahu merasa dan dia terus mengambil sebiji lagi untuk anaknya rasa.

Datang lagi seorang wanita bersama seorang anaknya. Anaknya merengek mahu makan buah anggur merah berkenaan. Emaknya memujuk dan meminta anaknya bersabar sehingga dia selesai pilih, timbang dan sesudah bayar baru boleh dimakan. Sikap dan sifatnya sangat berbeza dengan wanita terdahulu. Setau ambo, walau sekecil buah anggur itu, ianya adalah bukan hak kita, haram dimakan selagi belum dibayar harganya.

Tanggungjawab seorang ibubapa adalah mengajar perkara-perkara yang betul kepada anak-anaknya. Sekiranya perkara sekecil itu pun tidak dapat dielakkan atau diajar halal haramnya, tunggulah bila mereka dewasa, mereka pasti akan mengikuti jejak langkah dan ajaran kita yang buruk itu. Semakin teruklah orang Islam dibumi Malaysia ini.

01 Disember 2009

Solat Hajat Rumah Baru

Sabtu malam Ahad, ambo buat kenduri ala kadar untuk satu solat hajat sempena naik rumah baru ambo kat Taman Nur hakim, Badak Mati, Bachok. Rumah ini ambo beli sejak setahun lalu dan baru boleh diduduki setelah selesai urusan pinjaman, pembayaran dan pembaikian. Ambo hanya memperuntukkan dua atau 3 hari dalam sebulan untuk menginap dirumah ini. Tujuan utama untuk diduduki selepas pencen nanti.


Bacaan Doa Oleh Pakteh Esa


Antara Sedara Mara Yang Hadir


Ayah Ambo

Lauk pauk dimasak dirumah mertua ambo dan dibawa kesini. Disebabkan dah dua tiga hari makan daging, maka ambo buat menu utama ikan baung sungai masak lemak daun kesum, ayam goreng berempah, daging goreng, acar timun dan sambal sahaja. Jemputan terdiri dari sanak saudara, jiran dan jemaah surau sahaja. Meriah juga la, orang lelaki seramai 30 orang dan kaum hawa lebih dari 10 orang.

30 November 2009

Hari Raya Korban

Sempena Hari Raya Aidil Adha - Raya Korban - Raya Haji baru ni, seperti tahun-tahun lepas ambo turut menyertai korban sebanyak satu bahagian sahaja. Tahun ni ambo ambik lembu Pak Sedara ambo - Paksu Lah. Selalunya ambo ambik lembu Bapa Mertua, tapi tahun ni sengaja beralih angin untuk korban kat kampung sendiri.


Lembu Korban - Besar Dan Cukup Gemuk
Gosok Nak Ucap Selamat Tinggal


Paksu Lah Sedang Berusaha Untuk Menumbangkan Lembu Kesayangannya

Satu bahagian lembu ni hanya RM350.00 dan setelah dilapah dan dibahagi 7 bahagian - masing-masing dapat daging sahaja sebanyak 21 kilogram. Tulang, perut, hati dan organ dalaman lain tidak ditimbang, bahagi secara tompokan sahaja. Daging korban dibahagi-bahagi kat kampung ambo dan sebahagian lagi kat kampung isteri ambo. Selebihnya ambo buat kenduri untuk Solal Hajat rumah baru ambo di Taman Nur Hakim.


Mula-Mula Sembelih Dengan Sebelah Tangan



Lembu Besar, Kulit Tebal, Kena Guna Dua Tangan Pulak



Acara Melapah Daging


Acara Membahagikan Daging Korban


Acara Membahagikan Tulang Dan Organ Dalaman


Gaya Seorang Model Sambilan

Setelah kerja-kerja melapah dan membahagikan daging selesai, semua orang menjamu selera dengan menu yang sama setiap kali Raya Korban - Daging Singgang, Daging Goreng dan Sambal. Semuanya cukup berselera.

Malam tu diadakan pula kenduri majlis tahlil untuk mengingati ibubapa adik beradik, anak-anak, sedara mara dan muslimin muslimat yang sudah meninggal dunia.

Makan daging lagi - Raya Haji adalah raya untuk  makan daging.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009