Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


31 Januari 2009

Mystery Drive Ke Kedah

Tahun 2007 ambo menyertai Mystery Drive company ke Sungai Petani selama 3 hari 2 malam. Perjalanan dari Kerteh ke Sungai Petani tidak seperti biasa - tidak penat atau letih, ambo tak berhenti dan tak menjawab satu pun soalan Mystery Drive sebab nak bagi peluang orang lain dapat hadiah. Ambo hanya nak bercuti, relax dan enjoy.
Taman Tema adalah tujuan utama, enjoy sakan la kat sini. Lepas tu sempat lagi pergi UUM Sintok, melawat adik ipar kat sana. Balik dari Sintok, terus pergi Taiping Perak pula.

Lewat petang balik ke Kelate, pukul 9.30 mlm baru selesai makan kat Grik, nak lalu Lebuhraya Timur Barat ni malam ni, hujan sesekali lebat hingga tak nampak jalan pulak tu. Seram jugak la, Alhamdulillah sampai rumah jam 2 pagi.

Jeram Linang, Machang

Masa muda-muda dulu acapkali juga datang sini dengan member - naik motor RXZ - mandi dengan seluar jeans, balik dalam keadaan basah. Dulu keaadaan bukan macam sekarang - banyak perubahan dan banyak kemudahan yang disediakan.
Ini adalah suasana percutian keluarga pada tahun 2007. Datang dengan 4 buah kereta dan siap dengan barbeque dan mandi-manda sampai petang. Seronok juga sesekali berkelah dan berseronok sama sanak-saudara adik beradik ipar duai untuk mengeratkan silaturrahim.

30 Januari 2009

Barangan Dari Hotel

Salah satu hobi ambo adalah mengumpul barangan dari hotel-hotel. Antara barangan tersebiut adalah seperti sabun, syampoo, mancis dan alatan toiletries lain. Barangan tersebut samada dari resort, hotel 3 bintang sampailah ke hotel 5 bintang.

Setakat ini sudah terlalu banyak yang terkumpul, disimpan dalam almari dan ada yang disimpan dalam bakul sebagai salah satu hiasan rumah.

Ianya juga sebagai tanda ingatan untuk mengingati tempat-tempat yang telah ambo dan keluarga menginap. Setakat ini semuanya dalam negara lagi, mungkin jika ekonomi mengizinkan, akan ada peluang untk keluar negara pula.

Kanak-Kanak Zaman IT

Zaman sekarang kebanyakan kanak-kanak sudah pandai atau celik IT seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan alam siber. Kalau dulu, kanak-kanak lelaki asyik main aktiviti outdoor seperti sembunti-sembunyi, mandi sungai, cari ikan disawah manakala kanak-kanak perempuan main masak-masak, congkak, selambut ( batu seremban ) dan berbagai activiti bercorak indoor. Semua aktiviti berkenaan sudah semakin tiada lagi di zaman ini.

Kanak-kanak bandar dan kampung hampir setara - pandai main online games di internet atau paling tidak pun main PS3. Kanak-kanak seumur 7 atau 8 tahun pun sudah ada handphone canggih - kadang-kadang lebih canggih dari kita sendiri.

Teknologi makin maju, dunia hampir kiamat.

29 Januari 2009

Hanya Sebotol Air

Percaya tak sebotol air boleh membawa kemalangan maut? Kisah benar ini terjadi apabila sebotol air diletakkan diatas seat belakang kereta dan ianya bergolek kebawah tempat duduk pemandu dan berhenti dibawah pedal brek. Semasa kecemasan, pemandu berkenaan membrek dengan kuat tapi keretanya tidak dapat berhenti kerana pedal brek tersekat dengan botol air berkenaan. Anda bayangkan sendiri episod seterusnya.

Pesanan ambo, elakkan meletakkan botol air dan benda-benda yang boleh bergolek di atas seat belakang kereta anda.

Kita usaha, Allah tentukan.

27 Januari 2009

Sepanjang Perjalanan

Satu lagi kebiasaan ambo dulu-dulu adalah berhenti makan bekalan kat mana-mana tempat menarik semasa dalam perjalanan samada semasa bercuti atau balik kampung. Itupun jika perjalanan tersebut secara santai dan tidak terikat dengan waktu untuk sampai ke tempat tujuan.

Makan bekalan sambil menikmati pemandangan dan suasana persekitaran adalah lebih menarik, santai dan selesa. Nak kata jimat tu tak juga, tapi makanan sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan dan khasiatnya.
Gambar ini diambil semasa berhenti di persekitaran Masjid Terapung, Kuala Terengganu.

Cakna Palestin

23 Jan 20009 Malam @ Stadium Sultan Mohd Ke IV, Kerajaan Kelate manganjurkan satu pelancaran tabung Palestin dan solat hajat cakna Palestin. Sempat la ambo pergi juga untuk sama-sama menyokong apa yang dibuat. Pentomin keadaan Palestin membuat kita semakin kesian dan sedih terhadap keadaan sedara kita disana. Pada malam tu dikatakan jumlah derma mencapai RM 1.5 juta, pemurahnya rakyat Kelate.

Gambar kurang kualiti, maklumla ambik guna HP cap ayam.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009