Memang menjadi kelaziman setiap kali pergi pasar ambo akan beli sedikit buah-buahan. Amalan makan buah memang menjadi rutin harian ambo dan keluarga.
Petang ni ambo nak buat air buah durian belanda, sekali-sekala kena juga buat air buah ori. Biasanya ambo minum air buah yang dibuat dari pati durian belanda tu je. Kali ni ambo buat air durian belanda + pisang. Separuh buah durian belanda + 2 biji pisang + 4 sudu gula untuk satu jag air. Jadilah air buah kurang manis.
Sedap dan hanya satu air buah gelas besar sudah mengenyangkan.
Nota : durian belanda = durian sayur = soursop
Kopi, samada kopi-o atau kopi susu atau kopi pra-campur adalah kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Kopi-O hitam pekat adalah minuman tradisi sejak dulu lagi. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini, kopi pra-campur telah membanjiri pasaran dan menjadi kegemaran di Malaysia. Berbagai-bagai jenama dikeluarkan dengan berbagai campuran herba untuk khasiat samada untuk menyembuhkan penyakit ataupun untuk menambahkan tenaga zahir dan yang utama, tenaga batin. Orang melayu telah diajar satu kesilapan sedari dulu lagi, tenaga batin mesti sentiasa kuat, gagah dan tahan lama. Berkenaan kopi pra-campur ni, kita kadangkala kena fikir juga kesan sampingan kepada diri kita. Bahan-bahan yang dimesin kadangkala tidak larut sepenuhnya dan hampas berkenaan boleh memberi kesan kepada sistem tubuh kita. Bayangkan kita makan debu kayu dan bahan berkenaan mendap dalam perut kita. Tidak semua hampas berkenaan keluar menerusi apa yang kita buang setiap pagi. Ambo kadang-kadang tergoda juga minum kopi pra-campur ni.
Hari ni ambo pergi pos opis untuk ambil rebat motorsikal ambo. Bayar insuran dan roadtax hari tu habis RM200 dan hari ni dapat semula RM150. Okaylah tu. Bulan depan rebat ni akan dihapuskan.Ambo masuk pos opis dan ambil nombor pukul 10.42 pagi , selepas 20 orang barulah akan sampai giliran ambo. Dalam pos opis tu ambo kira ada 37 orang. Apa yang ambo nak cerita hari ni adalah sikap orang melayu kita pasal beratur, kesombongan dan keangkuhan tidak mahu ambil nombor giliran. Sedari dulu lagi ambo memang anti dengan orang-orang semacam ni. Ada yang datang kemudian dan bila masuk dalam tu jumpa sedara mara atau rakan taulan terus bagi borang atau resit untuk diselesaikan oleh sedara mara rakan saing sahabatnya yang sedang berurusan dikaunter. Ada juga yang terus pergi kaunter tanpa mengambil nombor giliran dan terus berurusan dengan kerani berkenaan. Mereka-mereka ini bukan pakcik-pakcik yang datang dari Hulu Dungun atau orang asli Pasir Raja. Mereka-mereka ini nampak macam pelajar IPTA dan ada seorang tu siap bertali leher lagi. Tak belajar tatarakyat kot masa sekolah rendah dahulu. Jantan betina sama sahaja sikapnya.Kalaupun kira nak cepat lorat, kita kena hormati orang lain. Orang lain pun mungkin nak cepat dan ada urusan lain atau tengah tahan berak juga. Jadilah seorang hamba Allah yang baik mengikut lunas-lunas Islam. Kalaupun tak faham kehendak Islam, ikutlah adat melayu. Jangan jadi melayu kurang ajar. Semua orang-orang yang bersikap begini tadi adalah Melayu Islam. Setiap peraturan yang dibuat untuk kebaikan semua orang. Kita sebagai pelanggan perlu mengikut peraturan jika hendak berurusan. Pegawai ataupun kerani pos opis pula perlu menguatkuasakan peraturan itu. Perlu tegaskan kepada pelanggan, nak berurusan sila ambil nombor. No nombor bo layan, tak kira lah yang datang tu pak sedara bini tiri kepada bapak kita pun.Ambo selesai berurusan dan keluar pos opis tadi pukul 11.27 pagi selepas 27 pelanggan selesai padahal ambo sepatutnya berurusan selepas 20 orang pelanggan. Teruk betul Melayu kite....
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009