Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


09 Oktober 2009

TT Dan Outing Geng Photographer Dungun

Alhamdulillah, malam tadi ada TT - tea tarik session bersama set photographer DM Dungun ( DM - Digital Mukmin, Ustaz Azhar Idrus punya).

Hanya ada 5 orang yang dapat hadir iaitu Ambo, Sam-Soul, Gozali, Fdloeziq dan Green Boy. Sessi bermula jam 1030 malam dan tamat jam 1210 tengah malam, itupun sebab kedai makan dah nak tutup.

Pagi tadi pula kami buat outing iaitu sesi mengambil gambar sambil belajar - kat Pantai Teluk Lipat dan Teluk Gadung, Dungun. Masing-masing berkongsi kemahiran, cara setting camera, teknik fotografi untuk menambahkan kecekapan dan skill fotografi.

Petang ni ada satu lagi sesi outing bersama set DM Kuala Terengganu dan insyaAllah akan diketuai oleh Sifoo - Ustaz Azhar Idrus. Ini adalah kali kedua ambo dapat outing bersama beliau.





Ambo semakin seronok dengan hobi fotografi ini.

06 Oktober 2009

Alia Masuk Hospital

Sabtu, 03 October 2009 jam 6.30 petang Alia jatuh basikal.

Hari tu ambo sedang repair motosikal Honda Cub ambo yang lama tidak digunakan. Tetiba Alia datang dan bawa basikal ambo suruh pam tayar dan minyakkan rantai. Suka sangat kali pertama dapat main basikal ambo, basikal dia dah tak mahu naik lagi. Pesan ambo, naik slow-slow dah la.

Gedegang....waaaaaa....sakit........nangis Alia sambil pegang tangannya. Ambo pegang, tengok-tengok, picit-picit tak ada patah, seliuh kot. Alia naik rumah dan Ummi dia sapu minyak angin. Terus tertidur. Bangun tidur mengadu sakit dan nampak bengkak sikit.


Lepas maghrib pergi Hospital Dungun, jumpa MA dan dia suruh x-ray. Siap x-ray pukul 9.00 malam, sah macam patah kat pergelangan tangan. Kena jumpa doktor yang entah dimana. Pukul 9.30 malam baru nampak tanda-tanda doktor ada. Pukul 10.15 malam ada kes accident la pulak. Doktor mesti layan 2 mat rempit tu. Hati ambo dah menyala, bukan membara lagi. Nak marah pun tak guna...HOSPITAL KERAJAAN kan, memang gitu servisnya. Lembab tahap cipan.

Lari balik dan bersiap ke Kuantan Medical Centre. Sampai KMC jam 0130 pagi, jumpa doktor, x-ray dan jumpa doktor balik, kena masuk ward sebab kena jumpa pakar. Pukul 0237 pagi dah siap sampai dalam ward. HOSPITAL SWASTA punya servis kan, cepat tahap gaban.


Doktor pakar kata tangan Alia patah tebu dua tempat, iaitu dua-dua tulang lengan patah kat pergelangan tangan dan perlu dibuat balutan untuk selama 2 minggu. Lepas 2 minggu baru buka untuk periksa dan x-ray semula.

Maka, kami tiga beranak pun pakat-pakat tidur dalam ward selama 2 malam. Ambo sempat balik Dungun sekejap, bawa tikar dan tilam toto dan keperluan lain untuk kami. Jumlah kos perubatan adalah sebanyak RM1447.60 sahaja.

Terima kasih Rudy dan keluarga yang datang melawat. Kurus dan slim benar Rudy sekarang ni, nampak macam remaja 25 tahun je, smart and steady. Terima kasih juga kepada sedara mara yang telefon tanya khabar
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009