Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


17 November 2009

Ikan Sokmo

Hari ini ambo cuti, ada urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Kuala Terengganu. Bertolak dari Dungun jam 9.00 pagi, sampai jam 10.30 pagi. Urusan siap dalam masa setengah jam je. Dalam perjalanan balik Dungun sempat lagi singgah 3 tempat - outing sorang diri ambil gambar landskap.

Semasa melalui Jambu Bongkok, ambo berhenti disalah satu gerai jual ikan darat. Tengok ada ikan Toman, Tapah, Keli, Puyu, Haruan, Sepat dan Belut. Ikan Toman yang masih hidup dijual pada harga RM16.00 sekilo. Mahalnya, hari Jumaat lepas ambo beli di Penarik hanya RM5.00 sekilo.


Gerai Menjual Ikan Darat, Tergantung Adalah Ikan Tapah

Minggu lepas ambo dah makan Toman masak lemak daun kesum. Walaupun mahal, ambo tetap nak beli. Kali ini ambo ambik seekor Toman seberat 1.8kg dan selepas tawar menawar dapatlah dengan harga RM25.00, siap siang dan basuh. Okayla tu.


Kesian Ikan Toman Kena Siang

Sampai Rantau Abang ada pulak gerai jual ikan darat untuk peliharaan. Ada ikan sepat, ikan kalui kampung dan ikan puyu. Setiap beg plastik berisi dua hingga 3 ekor ikan dijual pada harga RM10.00. Ambo ambik satu beg ikan kalui kampung untuk dimasukan kedalam akuarium ikan puyu yang sedia ada.



Ikan Kalui Kampung Dalam Air Paya Yang Merah

Sampai rumah jam 1.00 tengahri, isteri hidangkan makan tengahari berlaukkan ikan merah goreng. Hahaha...ikan sokmo....best.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009