Rasanya tidak semua orang pernah makan ikan kelah. Ikan spesies air tawar ni masih boleh didapati dilubuk-lubuk tertentu di negara kita. Kebiasaannya ambo dapat jika ada trip mengail ke Taman Negara Kenyir. Tapi yang ambo dapat tu kecik-kecik je, tak macam yang dalam gambar ni. Ini adalah sebagai contoh, spesies sebesar ni masih banyak dan masih ada lagi pengail yang berupaya mendapatkannya. Harganya dipasaran ambo tak pasti, tapi mengikut kata orang puluhan ringgit jugakla untuk sekilrogam. Mahal pun berbaloi la, sisiknya boleh dimakan juga. Kalau anak kelah hidup panjang sejengkal untuk dibela dalam akuarium, harga di Kuala Berang adalah RM80 seekor.
Kredit kepada http://www.lubuk.net/
May 2008, seramai 21 orang ahli keluarga ambo berlepas ke Sabah untuk menghadiri perkahwinan adik ambo Mohd Hasanuddin dan Faridah ( Mimi ) yang diadakan di Kota Belud. Perjalanan ambo bermula dengan menaiki keretapi kelas dua di Wakaf Baharu. Tambangnya Rm52 seorang , bestnya ada katil untuk tidur. Bertolak pukul 6.30 petang sampai KL Sentral pukul 9.00 pagi. Alamak, tiket AirAsia jam 10.30 pagi. Berkejar ke LCCT dengan teksi habis RM80. Semua orang yang datang pada hari sebelumnya dah berkumpul di LCCT. Hanya kami bertiga je tak sampai lagi. Tak sempat nak sarapan. Nasib baik sempat sampai. Beli sarapan nasi lemak dalam flight dah la.
Dari LCCT ke Kota Kinabalu mengambil masa sejam setengah sahaja. Tak sempat ambil gambar la. Dari Kota Kinabalu kami di jemput oleh adik ambo - perjalanan ke Kota Belud mengambil masa sejam setengah lagi. Sempat singgah makan di Pantai Tanjung Aru. Petang baru sampai ke rumahnya.
Catatan seterusnya berkenaan majlis kahwin.
Negeri Terengganu tidak termasuk dalam negeri pengeluar padi. Tidak banyak sawah padi yang wujud di negeri ini lebih-lebih lagi pada masa sekarang. Daerah Kemaman hanya kawasan Air Putih dan daerah Kuala Terengganu di kawasan Manir. Hanya kawasan Jerteh masih lagi banyak sawah padi.
Dungun? Inilah sisa-siasa sawah padi yang masih tinggal di Dungun. Mula-mula ambo datang ke Dungun dulu ambo ingat sawah padi tak wujud di sini. Rupanya masih ada lagi petani yang mengusahakannya di kaki Bukit Bauk. Keluasannya mengikut pandangan mata kasar ambo tak sampai pun satu hektar. Sangat sempit.
Ambo pasti dalam masa 10 tahun lagi, rumah-rumah akan tumbuh dalam sawah padi berkenaan. Hanya catatan dan sejarah akan mengingatkan bahawa sawah padi pernah wujud di Dungun.
Nasi kerabu adalah antara menu sarapan utama orang Kelate. Di Dungun ni nasi kerabu ala Kelate amat jarang untuk dijumpai. Ada satu kedai orang Kelate buka dan ambo tak lepaskan peluang untuk menikmati nasi blauk dan nasi kerabu.
Hari ni ambo makan nasi kerabu ayam bakar, solok lada, ikan goreng, telur masin dan keropok. Harga sepinggan kat sini sama dengan harga 2 pinggan kat Kelate. Mahal? Tak lah, sebab taraf hidup sini sama macam New York.
Hari ni tak tau nak makan apa. Ikan mahal sangat. Ikan kembong RM13 sekilo, ikan cermin dan ikan merah RM25 sekilo, ikan aya pun RM10 sekilo. Ayam dah puas makan. Maka, disebabkan kandungan kolesterol dalam kambing lagi rendah dari ayam, maka ambo makan kari kambing hari ini. Makan nasi panas-panas, kari kambing dan ikan kering....fuh nikmatnya rezeki Allah Taala hari ni.
Ikan sebarau ini diberi oleh Pak Su Lah semasa balik kampung tempohari. Bawa balik Dungun dan diperap garam satu malam. Bila digulai esoknya, baru la best - orang Kelate kata jeliro molek. Makan dengan nasi putih, budu dan ulaman. Bagi orang yang biasa makan ikan sungai, tulang Y ikan tersebut bukan menjadi satu masalah bagi mereka.
Pagi tadi pergi Kota Bharu, sempat singgah kat Pasar Siti Khadijah, makan Nasi Tumpang. Ini adalah makanan tradisional orang Kelate, nasi macam nasi himpit tapi dibungkus bersama sambal nyiur dan gulai udang.
Lepas tu masa makan tengahari tadi makan nasi sup perut kat Binjai. Restoren ni ambo punya favourite la, setiap kali balik kampung mesti singgah. Istimewa nasi sup perutnya sedap sejak dari dulu lagi. Lain-lain masakan panas pun ada juga. Bukan nak promote, tapi nak royak.
Semalam makan gulai kambing - kenduri aqiqah. Orang kata kambing ni kolesterol tinggi, tapi mengikut kajian pakar pemakanan, ayam kat pasar tu lagi tinggi kolesterolnya. Data ini ambo ambil masa Expo Pertanian kat Kuala Terengganu pada 2007.
Pikir dan kajilah diet anda.
Antara makanan yang popular dahulu dan jarang didapati sekarang adalah sarey dan sira labu.
Sarey adalah semacam kerabu rumpai laut. Kerabu sarey diharamkan pada beberapa tahun lepas kerana kandungan logam berat merkuri yang tinggi. Merkuri ini boleh menyebabkan barah. Tapi masyarakat Kelate tetap membuat, menjual dan memakan makanan tradisi ini. Di Teranung juga ada di jual tetapi rasanya berlainan sedikit.
Labu sira dulu biasanya dibuat semasa bekwah ( kenduri ). Labu sira ini amat tidak sesuai kepada sesiapa sahaja yang ada sakit uluran dan kencing manis. Kedua-dua makanan ini biasanya didapati dengan mudah di semua pasar utama di Kelate. Kali ini ambo membelinya semasa menghadiri kuliah mingguan TGNA di Medan Ilmu.
Semasa hari lahir Alia ke10, kami hanya meraikan secara kecil-kecilan sahaja, hanya kami bertiga yang sempat hadir. Hanya ada satu kek warna kesukaan Alia, sedikit kueh dari pasar malam dan air kosong sahaja. Kek tu sempat juga bagi kat jiran-jiran untuk meneruskan semangat kejiranan.
Seperti tradisi kami sebelum ini, untuk kawan-kawan Alia di sekolah, kami sediakan paket barangan berupa makanan berkhasiat untuk dibahagikan semasa rehat.
Hari tu masa di Kelate - dalam perjalanan balik ke rumah, ambo singgah di sebuah gerai dekat Binjai. Gerai ni sentiasa jadi tumpuan kerana banyak makanan yang di jual secara siap bungkus. Antara yang menarik adalah semua jenis nasi blauk, nasi lemak dan nasi dagang. Kueh-mueh tradisi juga banyak. Hari tu ambo makan laksam dan air nyiur muda -RM2.20 sahaja. Kenyang jugak lah sementara makan tengahari.
Madu dalam botol tu bukan ambik dari sarang tebuan dalam balang tu, tu madu tualang, ambik dari Kg Pasir Berdengung.
Salah satu resipi orang Kelate adalah gulai atau masak lemak ikan. Tak kiralah samada ikan segar, ikan rebus ataupun ikan kering. Malam ini ambo makan gulai lemak ikan kering (cencaru dan gelama) yang dicampur dengan potongan nenas muda. Sambal adalah satu kemestian untuk tambah selera. Biasanya resipi ni di makan masa pagi - dipanggil makan nasi blauk sebagai sarapan. Tapi ianya tidak tertakluk kepada masa dan ketika. Sesuai dimakan dimana sahaja dan setiap ketika.
Dua hari selepas kematian Bulat - demi mengubat kesedihan Alia, ambo telah mendapatkan seekor kucing siam yang baru berumur 2 bulan. Dengan kedatangan Comel, Alia telah dapat menerima ketiadaan Bulat dan mula menyukai Comel. Semakin ia membesar semakin nakal dan manja. Kemudian Comel mula mendapat kawan baru - Bella. Kedua-duanya membesar dengan lincah, manja dan sedikit nakal. Sangkar mereka diperbesarkan dan mendapat segala kemudahan selayaknya.
Semasa balik kampung untuk menyambut Aidil Fitri tahun 2008, Comel dan Bella masih sihat dan cergas. Petang sehari sebelum raya Comel tiba-tiba tidak dapat berjalan, kaki belakangnya kaku. Ambo mengejarkannya ke Klinik Veterinar dan pembantu klinik memberi suntikan dan ubat - katanya Comel demam sahaja. Malamnya keadaan Comel makin parah dan mengiau tak berhenti-henti. Kurang lebih jam 10 malam, ia telah mati di depan kami semua dalam usia tak sampai pun setahun.
Kesedihan Alia sampai ke kemuncaknya, kali kedua kucing kesayangannya telah mati tatkala Alia tengah gembira bermain dengan kenakalan dan kemanjaannya. Comel telah disemadikan di bawah pokok manggis belakang rumah malam tu juga. Bella yang tak mengerti sentiasa mencari-cari akan Comel, samada dikampung, dalam kereta dan selepas balik ke Dungun. Rindu gamaknya.
Selepas ini ambo akan menulis kisah Bella pula.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009