Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


22 November 2009

Jalan Ke Rumah Ambo Runtuh - Ambo Tak Boleh Keluar

Hari ini Ahad, 22 November 2009, sudah masuk hari kelima hujan turun untuk musim tengkujuh tahun ini. Tiga hari pertama taklah lebat sangat tetapi dua hari lepas hujan menjadi-jadi. Malam tadi hujan sangat lebat. Petir pukul 3 pagi mengejutkan ambo kerana bekalan eletrik terputus bila ELCB terpelantik. Hujan masih mencurah-curah lagi.

Seperti biasa ambo keluar jam 7.15 pagi untuk ketempat kerja. Alamak...jalan biasa ambo lalui ketempat kerja separa runtuh kedalam sungai, tak berani nak lalui dengan Caldina, kalau dengan Kancil boleh lagi kot. Telefon isteri supaya dia tak lalu ikut jalan itu. Hujan lebat sepanjang jalan terutama di Paka, air melimpah melintasi pembahagi jalan tapi masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Tengahari, isteri ambo telefon beritahu jalan yang separa runtuh tadi dah runtuh semuanya. Air dari kawasan sekitar yang mengalir laju menghakis tanah dan pasir dibawah jalan menjadi penyebab utama. Ini adalah jalan Majlis Perbandaran Dungun melalui tebing sungai yang dibawah seliaan Jabatan Parit Dan Saliran, tak tahu la bila boleh dibaikinya.


Tiga Tempat Runtuhan, Dua Runtuhan Separa Dan Satu Runtuh Semuanya

Disebabkan kawasan sekitar rumah ambo ada satu lagi jalan keluar masuk, keruntuhan jalan ini tidaklah memberi kesan ketara kepada ambo dan jiran-jiran. Tetapi laluan itu pun sudah nampak tanda-tanda macam nak runtuh juga. Kalau jalan ini pun runtuh, kereta ambo dan jiran-jiran tidak lagi dapat keluar. Tunggu dan lihat je la.


Runtuhan Utama


Runtuhan Separa Kedua



Runtuhan Separa Ketiga


Punca Aliran Air Yang Menyebabkan Runtuhan
Paip Bekalan Air Ke Rumah Ambo Terletak Disini


Sungai Sura - Tak Pernah Lagi Lihat Air Sebanyak Ini


Alia Bergambar Kenangan Sambil Main Air

-----------------------------------------------------------

Update, Isnin 23 November 2009

Pagi - Jalan alternatif nak keluar semakin teruk, runtuhan semakin merebak ke kiri jalan, semalam sebelah kanan sahaja. Pagi tadi berani lagi lalu nak ke pejabat. Air yang masih lagi mengalir sedang menghakis tanah dan pasir dibawah jalan melalui lubang besar.

Petang - Semasa ambo balik dari kerja, jalan alternatif tu masih boleh dilalui. Tetapi lubang semakin besar dan dalam.

Selepas Maghrib - Jiran ambo telefon beritahu - jalan sudah runtuh dan putus, tidak boleh dilalui langsung. Paip air sudah nampak tapi masih elok dan tidak bocor.

Maka, ambo dan jiran-jiran putus hubungan. Kereta motor tak boleh keluar.

4 ulasan:

My27Krista berkata...

Salam,

Sano...semoga selamat semuanya.
Rumah mu kat Dungun area maner?
Rindu aku suasana tengkujuh kat Kertih tu...dah lebih 13 tahun tinggalkan.

Sano berkata...

Rumah kawasan Sura Hujung, ramai member seangkatan tinggal area situ. Lang Awang, Awie, Sukri Idris, Wan Idris, Rosbok.

Tanpa Nama berkata...

teruk tu sano.. caldina ngan kancildina parking mana?.

Sano berkata...

caldina tukar jd kapalselam, parking bwh jambatan, kancildina takpe kecik, junjung bwk balik umah

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009