Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


25 Jun 2009

Makan - Bisnes Trip Ke Jepun

Kali ini ambo akan menceritakan apa yang ambo makan semasa pergi ke Jepun tempohari. Makan dalam perjalanan pergi dan balik dan semasa berada disana.

Perjalanan menggunakan tiket Mas - Business Class memang best. Sebelum naik flight, kami dibenarkan masuk ke Golden Lounge, tempat makan ekslusif untuk penumpang Business Class dan ahli Enrich sahaja. Makanan biasa-biasa saja tapi status ekslusifnya yang membuatkan berada dalam kelas tersendiri.

Dalam flight selama 6.5 jam tu, dihidangkan minuman selamat datang berupa air buah dan kekacang. Selepas tu hidangan sate, diikuti makanan ala Jepun, hidangan utama berupa nasi dan lauk dan disudahi dengan pencuci mulut. Penat ambo nak abiskan makanan. Dalam perjalanan pergi ambo makan 2 hidangan je, tak larat. Dalam perjalanan balik, ambo makan semuanya.

Makan pagi di Hotel Francs adalah menjadi satu masalah bagi ambo. Tiap-tiap hari ambo makan roti, jem dan madu, potongan buah dan orange juice.

Makan tengahari dan malam tak banyak pilihan. Menu utama yang ambo ambil adalah nasi Jepun yang lembik, ikan bakar, tempura seafood dan sayuran.


Dalam flight - sushi ikan dan udang
mentah, ais krim dan jus jambu



Dalam flight - Mee Jepun, roti, sushi
dan air mineral



Dalam flight - satay ayam, daging
dan jus oren.



Dalam flight - nasi dan ikan bakar



Makan malam - nasi dan tempura
udang, Yen 580



Makan malam - tempura udang,
labu dan kacang, Yen 400.



Makan malam - kepala ikan tuna
masak stim



Makan malam - sushi makanan laut
dan ikan



Makan tengahari - nasi, ikan bakar,
sup tu ambo tak makan, Yen 400



Nasi Jepun - lembik sikit



Makan tengahari - ikan bakar dan
nasi - Yen 400



Makan tengahari restoren India,
nasi beriani, Yen 1000



Makan tengahari restoren India,
roti tempayan, Yen 1000

Sebagai souvenir untuk keluarga, ambo bawa balik beras Jepun 2 kilo Yen 880 dan tepung tempura makanan laut sebanyak 2 kotak, Yen 258 sekotak.

22 Jun 2009

Luar Negara - Business Trip To Japan

Tarikh 15 June hingga 20 June 2009, ambo berkesempatan pergi ke negara matahari terbit, Jepun atas urusan kerja di Chiba, Jepun.

Perjalanan menaiki kapal terbang dari KLIA ke International Airport Narita selama enam jam setengah taklah meletihkan kerana berada dalam Business Class. Pengalaman kali pertama berada dalam business class ni memang seronok, padanlah dengan tiketnya RM9K pergi balik.

Waktu di negara matahari terbit-Jepun adalah sejam awal dari Malaysia. Cuaca adalah lebih sejuk sedikit dari Malaysia. Sekarang ni adalah musim panas ni. Suhu sekitar 24 hingga 27 darjah celcius. Yang ketara sangat adalah waktu solat, Subuh 2.36 pagi dan syuruk 4.25 pagi - suasana sudah cerah cuma tak ada orang. Lepas solat sambung tidur sebab kerja start pukul 8.30 pagi. Zohor 11.43 pagi, Asar 3.32 petang, Maghrib agak lewat 6.58 petang dan Isyak lebih kurang Malaysia 8.42 malam.

Semasa berada disana, ambo sempat juga melawat Tokyo Disneyland. Tiket masuk adalah Yen3100 selepas jam 6 petang. Kalau untuk sehari adalah Yen5800 (Yen100 = RM3.50). Majoriti pengunjung kat sini adalah warga Jepun sendiri terutama remaja dan sangat kurang pelancong asing. Tak heran lah sebab penduduk Tokyo sendiri melebihi jumlah penduduk Malaysia.

Apa yang lain berbanding dengan Malaysia di Jepun? Makanan - mahal, tak banyak lemak sebab mereka stim/rebus dan bakar, banyak sayuran dan ikan. Orang Jepun memang terkenal dengan kuat/rajin kerja, jalan cepat dan sentiasa tepati masa. Suasana persekitaran sentiasa bersih terutama jalan, taman dan bangunan. Kereta lori bas dan kenderaan sentiasa nampak kemas dan bersih. Paling banyak basikal. Satu bangunan penuh dengan parking basikal. Keretapi/Train kat Jepun ni pula sentiasa penuh - 150% hingga 199% penumpang pada setiap masa pergi dan balik kerja.

Ambo juga sempat berjalan-jalan melawat sekitar bandaraya Tokyo seperti Electronic City of Tokyo iaitu Akihabara. Harga barang-barang elektrik dan electronik bagi ambo adalah masih mahal berbanding dengan Malaysia, mungkin disebabkan sebab model terkini atau terbaru.

Ambo ada lebih 1000 keping gambar yang dapat menceritakan suasana dan keadaan di Jepun. Takleh nak upload semuanya.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009