Background No 97, Lorong 6, Perumahan Petronas Fasa 2.
Lesen ambo pakai alamat ni lagi.
Ambo dulu-dulu acap juga keluar naik motor ramai-ramai (bukan merempit), tapi taklah jauh sangat, dalam negeri Terengganu sahaja. Ni adalah konvoi pertama ambo. Trip ke Sekayu ini disertai oleh member-member ILPP, semasa OJT kat GPP1, Petronas Gas Berhad, Kerteh. Dari kiri Wan Mohamud - Kawasaki Ninja BCX4623, Ishak Rahim, Khaidir - Yamaha RXS JBB494, Nor Akhsan Ramli @ Acang, Jailani Jalil - Suzuki Best CAC2227, Ambo - Suzuki TRS CU5049 dan Azhar M Roslan @ Sungkai.
Ini trip kedua ambo ke Sekayu. Sebelum tu singgah kat Bukit Besi dan Sekayu. Kemudian pergi ke Empangan Kenyir. Dari Empangan Kenyir ambo sorang diri balik ke Kelantan untuk bercuti. Member-member lain terus balik ke Kerteh. Dari kiri Hamidan Abu Bakar -Kawasaki Ninja TP8130, Ambo - Yamaha RXZ TP2740, Tg Mazran @ Pokku - Kawasaki Ninja TP9160, Tukimin Jalil - Honda apa ntah TQ4463 dan Nazri Idris @ Hang atas motor Aqbal - Suzuki Panther TP1511.
Wan Idris ada jugak..........mana scrambler kuning demo?
Hari-hari lain ambo biasanya sorang-sorang balik Kelantan setiap bulan. Last sekali konvoi sorang-sorang ke Triang, Pahang dalam perjalanan nak ke rumah bapa sedara ambo. Nasib tak baik ambo hari tu, accident langgar van blok laluan ambo masa dia nak masuk simpang Paya Luas, Temerloh. Patah tangan dan tercabut sendi bahu. Enam bulan rehat cuti sakit kat kampung.
Bila dah baik, ambo jual RXZ, pakai Honda Cub 70, sampai sekarang ada lagi. Hahaha...takleh konvoi lagi.
2 ulasan:
salam..huhu..ambo tringat lg..masa abe nuri xcident tu..ingtkn mati doh..cz ramai oyk excident tok kaba apo doh..huuhhu..mujur la allah bg pluang hidup lg kn....
Honda aku tu NSR150...hehehe...mane tah le ning...lepah kawin jual ke saing kat Lumut.
Catat Ulasan