Dungun adalah salah satu tempat yang mudah untuk mencari ikan segar. Kat Pasar Dungun ikan biasanaya segar tapi harganya agak tinggi sedikit. Ikan yang segar dan murah juga boleh didapati sepanjang Pantai Teluk Lipat, semasa nelayan pantai balik di waktu petang. Ikan-ikan ni segar dan harganya murah sedikit berbanding kat pasar.
Ikan ini dibeli oleh isteri ambo direct dari rumah kenalan nelayan kt Pantai Teluk Lipat. Selain dari harganya sangat murah, ikan ni masih segar tanpa disimpan dalam kotak airbatu.
8 Ekor Ikan + 3 Ekor Sotong
Kalau kat pasar, ikan-ikan gred A ni harganya melebihi RM20/kg. Tapi jika beli direct dari nelayan harganya jauh lebih murah. Hanya RM50 untuk satu besen di atas.
Semua ikan tu dah jadi lauk ambo - ikan bakar berempah, ikan kukus, masak masam manis, goreng kunyit, singgang Terengganu dan bakar cicah kicap berlada..