Laman belakang rumah boleh dimanafaat sepenuhnya jika kita peruntukkan sedikit masa terluang kita dengan bertanam dan berkebun. Selain keperluan harian utama seperti lengkuas, kunyit, halia, serai, pandan, kesum, lada dan ulam-ulaman, kita juga boleh menanam pokok-pokok kecil mengikut kesesuaian.
Contoh pokok adalah seperti mempelam, pokok kari, limau nipis dan limau purut. Semua yang ambo sebutkan tu ada dilaman belakang dan sekeliling rumah ambo. Kali ini ambo nak masukkan cerita pasal nangka madu. Pokok nangka madu ni ambo beli kat nurseri dengan harga RM8 sahaja dan mula berbuah selepas setahun setengah. Buah pertama sempat makan sikit sahaja kerana buahnya busuk dan tidak sedar ianya sudah masak. Buah kedua nya elok sebab ambo sempat balut dengan baju lama. Begitu juga buah ketiga dan seterusnya. Gambar di atas adalah buah yang ada kat pokok sekarang ini. Adalah lebih kurang 10 biji, kalau ada rezeki boleh la jiran ambo merasa nangka madu lagi.Setakat hari ini buahnya masih lagi kecil-kecil dan hanya seberat antara 5 hingga 8 kilo sahaja sebiji. Pokonya sedang membesar dan mungkin satu hari nanti buahnya boleh membesar macam yang ada kat pasar-pasar tu.
Dua hari lepas ambo makan tengahari berlaukkan ikan baung masak tempoyak. Masakan dari tempoyak buatan sendiri dan campur pula dengan timun tua. Sedap weh sampai tambah nasi.
Ambo beli ikan baung ni dari Pak Sedara ambo. Ini ikan baung ori dari sungai, bukan ikan baung bela dalam sangkar atau kolam. Ikan baung sungai adalah sepuluh kali lebih sedap dari yang dibela. Resipi masak tempoyak ni isteri ambo ambil dari adik ambo yang bersuamikan orang Perak. Hari tu pergi rumah dia, sekali dia masak sebarau masak tempoyak, sedap hingga menjilat tulang.
Biasanya orang Perak dan orang Pahang adalah pakar dalam masakan tempoyak ni. Sekarang ni orang Kelate pun sudah jadi pakar - isteri ambo la tu.
Salah satu tempat popular untuk makan di Kota Bharu Bandaraya Islam adalah di bahagian bawah Pasar Lama MPKB. Di sini bermacam lauk pauk ala Kelate dan moden disediakan. Dibuka 7 hari seminggu.
Salah satu menu yang menarik adalah segala macam jenis sup, samada sup perut, sup tulang dan sup daging. Semuanya fresh kerana dari lembu tempatan bukan dari peti sejukbeku. Cuma sebelum masuk, jenguk-jenguklah sikit tahap kebersihan kedai-kedai disini. Puratanya okay kecuali ada kedai yang agak kurang memuaskan pada pandangan mata ambo, orang lain tak tahulah.
Menu kegemaran ambo kat sini adalah nasi putih, sup perut, daging bakar dan singa beng.
Menu hari ini ialah kerabu beko. Orang Kelate memang tahu apa itu beko. Kat Dungun ni ramai yang tak kenal apa itu buah beko samada pokok atau buah beko. Jiran ambo pun tak tahu pokok ni di panggil apa kat Teranung. Bila dibuat kerabu pandai pulak dia makan, sedap katanya. Kerabu buah atau pucuk beko ni memang sedap.
Pokok beko ni mudah ditanam, hanya perlu ambil keratan batang dan dipacak dimana-mana sahaja. Ambo ambil dari kampung dan ditanam sebanyak 2 pokok dibelakang rumah. Pokoknya perlu dijaga supaya tidak naik terlalu tinggi dan perlu dicantas untuk membolehkannya mengeluarkan pucuk. Pucuknya bila dicelur boleh juga dimakan sebagai ulam, dicicah dengan budu.
Kat Kelate, kerabu beko ni dijual di pasar-pasar samada pasar tani, pasar minngu dan juga di pasar malam. Tempat yang mudah di dapati adalah di Medan Ilmu setiap Jumaat. Kalau bulan puasa, kat mana-mana gerai ramadan banyak dijual di serata negeri.
Sejak berpuluh tahun dahulu lagi, TGNA tetap setia menjalankan tanggungjawabnya sebagai Tok Guru dan Ulama di Medan Ilmu ini. Dulu-dulu dia mengajar di tingkat atas bangunan PAS tersebut yang hanya dapat memuatkan puluhan orang sahaja. Keperluan orangramai untuk mendengar suara dan melihat kejernihan wajah beliau secara berdepan telah membuatkan pentas didirikan ditempat sekarang.
Setiap kali ambo balik kampung, jika ianya berkebetulan pada hari Jumaat, menjadi satu kerugian yang besar jika tidak berpeluang mendengar kuliahnya. Jika ambo berada di Dungun, kuliahnya masih boleh diikuti secara live dari
website. Kuliah beliau adalah sentiasa berada dalam kelas yang tersendiri. Tidak ada sesiapa pun dapat menyamai keseronokan dan kenikmatan mendapat ilmu dari TGNA. Alhamdulillah, setakat ini beliau masih sihat dan berupaya. Tahun-tahun mendatang hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih untuk memikirkannya.
Selepas mendengar kuliah, keseronokan berbelanja menjadi satu lagi daya tarikan orangramai kesini. Beraneka jualan dan keperluan termasuk sayuran, makanan tradisi dan lain-lain keperluan ada dijual disini, kebanyakannya dijual secara terus oleh orang kampung.
Ambo suka membeli makanan tradisi orang kampung kat sini, ikan air tawar, ulaman, sira labu, macam-macam kerabu dan kueh tradisional.
Tahun ni sekali lagi ambo dan keluarga serta kedua-dua mertua bertandang ke rumah adik ipar ambo di Kg Tersusun Jalan Gula iaitu di daerah Simpang Empat Semanggol, Perak Darulridzuan. Perjalanan bermula dari Dungun, tidur semalam di kampung dan bertolak pada hari Rabu, 4 March 2009 pukul 8.30 pagi dan sampai di sana jam 2.30 petang untuk jarak perjalanan kurang lebih 350 km.
Berhenti sekejap di Bukit Bunga untuk membeli buah-buahan sebagai bekalan dan buah tangan. Makin maju tempat persinggahan utama pengguna Jalanraya Timur Barat. Disebabkan masih terlalu awal, banyak kedai masih lagi belum dibuka. Kebiasaan dibuka selepas jam 10 pagi.
Perjalanan diteruskan tanpa singgah dimana-mana, hanya singgah buang air kecil selepas puncak Titiwangsa. Kehijauan hutan dan jalan bengkak-bengkok turun naik bukit sangat mengujakan mertua ambo yang baru pertama kali melaluinya. Sempat lagi jumpa seekor gajah sedang mengibas-ngibaskan telinga di tepi jalan, panas atau nyamuk mengacau kot. Kebiasaannya jumpa masa malam hari sahaja. Pekan Lenggong ni tempat asal seorang adik ipar ambo, Cikgu Meor Hasnan yang sekarang menetap dan mengajar di Felda Ciku Satu.
Hari kedua dirumah Cik Yah tak ada perkara nak dibuat. Ambo keluar ke Bagan Serai untuk basuh kereta sambil pusing-pusing pekan itu dan melihat-lihat suasana negeri Perak. Rumah-rumah tradisional negeri Perak masih lagi banyak dan keasliannya masih lagi terpelihara. Satu lagi perkara yang menarik disini adalah parit akan dibina dikiri dan kanan setiap jalanraya. Ramai juga orang memancing dalam parit ni setiap petang. Difahamkan ikan sepat, haruan dan ikan kecil lain menjadi tangkapan utama dan dibuat ikan kering atau pekasam - sedap dan menyelerakan.
Hari ketiga ambo berkunjung ke Penang. Jarak dari Simpang Empat ke Penang melalui tol Bukit Merah hanyalah 70 km sahaja melalui lebuhraya. Pusing-pusing Georgetown sekejap kemudian pergi ke Bukit Bendera atas permintaan Alia yang teruja dan seronok sangat.
Menaiki keretapi kabel Bukit Bendera merupakan pengalaman pertama kami sekeluarga. Walaupun ambo pernah datang ke Penang dulu, namun tidak berkesempatan menaikinya kerana kesesakan yang amat sangat pada musim cuti sekolah. Suasana nyaman, selesa dan kesejukan puncak bukit setinggi 713 meter tidaklah terasa sangat. Sempat lagi membeli cenderahati dan baju sebagai tanda kenangan. Pemandangan bandaraya Georgetown nampak cantik dan menarik.
Balik dari Bukit Bendera, kami singgah di Masjid Negeri untuk berehat sementara menantikan solat Jumaat. Masjid yang sangat besar, cantik, bersih dan selesa berpadanan dengan taraf sebuah masjid negeri yang maju. Perjalanan hari itu berakhir dengan singgah makan tengahari di Hentian Rehat Juru pada pukul 4.00 petang sebelum sampai ke rumah pada pukul 5.00 petang.
Perjalanan balik ke Kota Bharu bermula Sabtu pada pukul 4.15 pagi. Jalanraya yang lenggang dan sunyi menpercepatkan kami dan hanya berhenti solat Subuh di puncak Titiwangsa. Makan pagi di Bukit Bunga dan sampai ke Kota Bharu jam 10.00 pagi. Ambo bertolak balik ke Dungun pada 4.15 petang tu dan sampai ke Dungun jam 8.00 malam.
Berakhirlah percutian dan perjalanan ambo kali ini - sejauh 1550 km meliputi Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Terima kasih kepada Amir dan Cik Yah sepanjang kami berada dirumah.
Note : Sempat lagi testrun mesin rumput baru Amir tapi tak sempat nak sudahkan mesin keliling rumah beliau.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009