Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


26 Disember 2009

Meracun Rumput

Hari ini ambo melakukan satu kerja yang telah ambo tinggalkan selama 22 tahun yang lepas - meracun rumput menggunakan pam racun yang diletakkan atas belakang. Kerja terakhir ini ambo lakukan di ladang getah Felcra Gugusan Kuala Betis, Gua Musang pada awal tahun 1987, semasa bekerja sambil menunggu result SPM, dengan gaji harian sebanyak RM10.00 sehari - cukup mewah pada masa itu.



Kerja meracun dengan pam racun  dengan purata 7 hingga 10 pam sepagi dan perjalanan turun naik teres getah amat penat bagi ambo pada masa itu - seorang budak yang baru habis SPM, dengan berat badan kurang dari 50 kg.



Hari ni ambo meracun rumput dan tumbuhan kecil di sekeliling rumah ambo di Bukit Marak, Kelantan. Racun Ammo Supre dibeli dengan harga RM22.00 untuk satu liter. Pam racun pinjam dari adik ipar ambo. Bancuh tidak ikut peraturan, campur racun 2 kali ganda dari cadangan kat label - nak kasi power lebih sikit. Kerja-kerja meracun sebanyak 3 pam siap dalam masa kurang dari satu jam. Tak sempat rasa penat pun.



Selepas meracun, cepat-cepat mandi. Masa meracun tadi terpaksa korbankan safety. Pam pulak bocor dan racun tu sentiasa terkena kaki dan betis ambo. Tak ada penutup mulut dan hidung, tak ada baju lengan panjang dan kasut getah. Ambo cuma mengawal semburan agar tidak melawan tiupan angin.

Seminggu lagi baru boleh tengok kesan racun kepada rumput dan tumbuhan kecil tu.

24 Disember 2009

Pasar Ikan Manhattan

Hari Selasa, 22 Dec 2009 ambo ada meeting kat KL. Semasa berhenti rehat dari meeting untuk makan tengahari, boss bawak pergi makan kat Manhattan Fish Market kat bahagian bawah KLCC. Dulu pernah la makan sekali makanan MFM ni, semasa meeting juga, tapi masa tu siap bungkus dan makan kat cafe je.


Pelayan Datang Hantar Makanan Dan Nyalakan Api Depan Pelanggan

Order 3 jenis menu yang berlainan untuk 7 orang. Air minuman peach ice tea dan lemon ice tea - dua-dua free flow, boleh tambah sebanyak mana yang larat.


Macam Nasi Goreng Seafood + Kentang Goreng


Ikan, Sotong, Udang Dan Tiram Bakar


Seafood Goreng Celup Tepung

Selepas makan-makan, lepak-lepak, cakap-cakap dan gelak-gelak - bil pun sampai. Boss bayar dengan not RM50 sebanyak 4 keping.

Memang sedap makanannya dan tentulah sedap juga bayarannya......

21 Disember 2009

Ayah Mertua Masuk Hospital

Jumaat petang, 18 Disember 2009 ambo balik kampung lagi kerana ayah mertua ambo, Tuan Haji Ibrahim Yusoff telah dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.


Apa yang ambo lihat dari minggu lepas lagi, dia berkeadaan kurang sihat dan tidak bertenaga. Tetapi biasanya orang tua tidak menunjukkan ketidaksihatan mereka kepada ahli keluarga. Walaupun tidak sihat, beliau masih lagi dapat ulang alik ke masjid untuk berjemaah.

Beliau mengalami masalah gout dikedua-dua belah kaki dan ianya semakin teruk bilamana tidak dapat berjalan dan mula mengalami sakit dalam perut. Analisis doktor mengatakan kandungan garam dalam darah sudah terlampau tinggi. Beliau juga ada masalah kadar denyutan jantung yang tinggi dan tekanan darah yang lebih tinggi dari biasa. Mengikut rekod, masalah buah pinggang yang dikesan semakin teruk sejak dari 2007 lagi - tidak dalam pengetahuan beliau dan keluarga kerana tidak diberitahu oleh doktor pada masa itu.  



Sabtu dan Ahad - keadaan beliau semakin teruk, kedua-dua kaki bengkak pada sendi lutut dan buku lali. Cuma kadar denyutan jantung semakin baik dan tekanan darah hampir macam biasa, walaupun sedikit tinggi dari tekanan normal. Doktor memberikan contoh ubat gout yang baru untuk dibeli difarmasi kerana hospital tidak membekalkan ubatan berkenaan. Ubat gout yang selama ini dimakan oleh beliau sudah tidak sesuai dan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada buah pinggang. Doktor juga menyatakan bahawa beliau kena menjalani pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenar buah pinggangnya. Jika buah pinggangnya rosak, beliau kena menjalani rawatan hemodialisis selama 3 hari berturut-turut.



Isnin - ambo sudah balik ke Dungun semalam sebab hari ini kerja. Hari ini beliau menjalani untrasound buah pinggang dan keputusannya Alhamdulillah, buah pinggangnya masih lagi baik dan tidak perlu menjalani rawatan pembersihan (hemodialisis). Berita baik dari kampung mengatakan beliau sudah balik dari Hospital. Tetapi keadaan gout beliau semakin teruk. Kaki semakin membengkak dan sangat sakit bila digerakkan. Pihak Hospital hanya bertanggugjawab memeriksa jantung, buah pinggang dan tekanan darah sahaja. Gout tu boleh makan ubat farmasi kat rumah sahaja dan tunggu kaki surut bengkak sahaja.



Pesanan doktor, untuk cepat baik dari gout, beliau tidak boleh makan makanan laut, sayuran hijau, segala jenis kekacang, pisang dan limau.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009