Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


20 Februari 2010

Piknik - Belukar Bukit

Hari ini ambo pergi piknik dan barbeque lagi. Acap sangat kat pantai, berubah angin ke kawasan perkelahan air tawar la pulak. Rancangan asal nak piknik kat Tasik Puteri, Bukit Besi. Memandangkan di situ air terjun buatan tak cantik dan kawasan tak lawa, tukar rancangan - jom kita ke Belukar Bukit, di Hulu Terengganu, tak jauh dari Sekayu. Dulu 4 @ 5 tahun lepas pernah sekali dua berkunjung ke sini. Selain Sekayu, kawasan ini juga antara tumpuan utama kerana airnya cetek dan sungainya luas.

Mula-Mula Sampai, Sediakan Tempat Api Dan Pasang Khemah

Sampai awal sedikit dari orang lain, maka dapat tempat paling best dan strategik, teduh dan agak landai. Bekalan makanan bawa dari rumah seperti beras, buah-buahan, sos dan kicap. Lauk mentah beli kat Pasar Dungun, ikan siakap RM10.00, ikan barat RM4.00, udang RM8.00. Siang dalam sungai tu. Rasanya dah cukuplah untuk 3 beranak.

Acara Mandi Manda Dan Cari Batu Untuk Buat Tungku
Acara Memanaskan Badan Sambil Bakar Ikan
Masak Nasi Guna Kayu Api, Aroma Nasi Jadi Best Sangat
Acara Bakar Ikan Dan Udang
Sedapnya Aroma Ikan Bakar - Sudah Hampir Masak
Acara Kemuncak - Makan-Makan
Sedapnya Ikan Bakar Cicah Kicap, Akhirnya Tinggal Tulang Je
Sambung Acara Mandi Manda

Bertolak balik kurang lebih pukul 3.00 petang dan sampai rumah pukul 5.00 petang. Sampai rumah Alia ajak pergi lagi esok. Seronok sangat la tu.

17 Februari 2010

Sate Kajang

Dari dulu hingga sekarang, Sate Kajang masih lagi menjadi tumpuan utama kepada sesiapa yang berkunjung ke kawasan Bangi, Kajang dan kawasan sekitarnya. Bagi ambo, setiap kali datang sini, makan Sate Kajang adalah satu kemestian. Pilian utama ambo, Restoren Sate Kajang Hj Samuri. Ianya bukan kerana nama hampir sama, tapi kerana sedapnya.


Petang tadi selepas habis kelas jam 5.30, ambo pergi Low Yat sekejap, ambik lens kamera ambo yang rosak. Hampir 2 bulan lepas hantar repair kat Jepun baru dapat semula. Balik dari KL terus singgah Kajang. Telefon Mat Nuar Abe Zin yang belajar kat UKM, nak ajak makan sate tapi dia pulak ada kat kampung, bercuti raya cina. Tak ada rezeki dia lah tu.

Maka, sorang-sorang lah ambo makan. Sepuluh cucuk sate, sepinggan nasi himpit + timun. Teh-O-beng kurang manis satu, semuanya RM8.95 termasuk 5% cukai perkhidmatan. Restoren kena cukai, rakyat jugak yang kena tanggung. Kerajaan dah kekurangan sumber kewangan, maka duit rakyat kena kikis masuk balik kepada kerajaan melalui berbagai-bagai cara. Cukai barangan adalah cara terbaru.

Malaysia Boleh
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009