Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


24 April 2010

Keropok Kristal Besar Kambing

Cerita 1 - Makan Keropok

Jumaat petang lepas solat Asar, ambo dan famili jalan-jalan cari makan ke Kuala Terengganu. Singgah makan keropok lekor 007 depan Masjid Terapung. Servis lambat, order keropok RM3.00 tapi sampai 10 batang sahaja. Makan seketul gatal lelangit dan lidah ambo. Dulu-dulu keropoknya sedap dan menjadi kemestian singgah beli untuk ole-ole balik kampung. 

Pakejnya cukup lengkap untuk serik dan tidak singgah lagi.

Cerita 2 - Masjid Kristal

Sejak Masjid Kristal dibuka pada tahun 2008, inilah kali kedua ambo datang sini. Kali pertama tak masuk pun, tengok-tengok dari luar. Kali ni ambo masuk ke masjid ini untuk ambil gambar. Sampai lewat sangat, maka sessi bergambar tak menjadi.

Sunset Masjid Kristal Yang Tak Menjadi

Masjid ni baru berusia 2 tahun lebih tapi sudah nampak kerosakan, cat yang tanggal dan kemasan yang sudah pudar dan terkopak. Mungkin hasil dari kerja-kerja yang kasar, cepat, tidak berkualiti dan tidak cermat. Tak padan dengan belanja yang begitu besar. Hampir Maghrib ambo tinggalkan masjid ini untuk solat di Masjid Ladang.

Tak selesa nak solat di masjid yang dibina untuk bermegah-megah.

Cerita 3 - Makan Besar

Selepas selesai shopping barang dapur kat Mydin, ambo bertolak balik ke Dungun. Singgah makan di Medan Selera Kelulut. Sebelah meja ambo ada satu keluarga besar sedang rancak menjamu selera. Bapa, ibu, seorang anak lelaki yang extra size dan tiga orang anak perempuan. Diatas meja mereka sudah bersusun-susun pinggan kosong dan pelayan masih lagi menghantar makanan ke meja mereka. Gelas minuman melebihi lapan gelas yang besar-besar belaka. Wah...betul-betul punya makan ni.

Ambo makan meehon tomyam, isteri ambo mee goreng basah dan anak ambo makan mee rebus. Orange juice dua gelas dan milo beng satu.

Selesai makan, ambo bayar RM17.00, mereka bayar RM140.00 !!!!

Cerita 4 - Sup Kambing

Semalam masa kat Mydin ambo tengok daging kambing tempatan RM38.00 sekilo. Daging kambing import sejuk beku RM14.90 sekilo. Jauh beza harganya.

Menu Tengahari Tadi - Sup Kambing Import.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009