Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


25 Oktober 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Sudah 2 minggu berturut-turut ambo balik kampung. Petang Khamis selepas kerja ambo mula bertolak balik sebelum jam 6 petang. Sampai rumah mertua kat kampung kurang lebih jam 10.30 malam. Bergantung kepada banyak singgah - solat, makan dan qada hajat - dan juga bergantung kepada cuaca.

Aktiviti pagi Jumaat mesti cari nasi berlauk dulu, biasanya kat Kg Pasir Ara atau depan Mardi Kubang Keranji, Pasir Tumbuh. Lepas makan, terus ke Medan Ilmu, dengar kuliah mingguan Tok Guru - Tuan Guru Nik Ab Aziz Nik Mat, satu-satunya Menteri Besar yang ada masa untuk memberi peringatan kepada rakyat dari zaman ambo budak-budak sampai ke sekarang. Salute Tok Guru.



Lepas solat Jumaat, terus pergi rumah ambo kat Taman Nur Hakim, Badak Mati. Minggu lepas repair sistem bekalan air kerana bekalan air kat sini terlalu rendah tekanannya. Buat satu tangki konkrit bawah tanah, pasang satu pam air dan bersih tangki atas bumbung. Kosnya lebih dari seribu ringgit. Ambo juga buat kerja-kerja bersih rumah luar dan dalam beserta kerja-kerja cuci kawasan. Minggu lepas sempat tambun tanah keliling rumah dan minggu ni siapkan kerja menambun. Masih tak cukup lagi, kena order lagi 2 lori.

Reel dan langsir sudah siap dipasang, cuma ada sebahagian langsir masih lagi dalam proses jahitan oleh isteri ambo. Juga, sedang menunggu siapnya grill, adik ipar ambo janji hujung minggu depan siap la. Banyak ribu jugak tu kena bayar. InsaAllah sebelum Aidil Adha bolehlah ambo mula menduduki ruamh ini - untuk selama 2 malam setiap hujung minggu atau setiap bulan, bergantung kepada keadaan.



Hari Sabtu keluar ke Bandaraya Islam sekejap untuk cari barangan, keperluan dan barangan kiriman saing-saing di Dungun. Sambung pulak kerja kat rumah ambo sampai petang dan bertolak balik ke Dungun jam 6.00 petang. Sampai Dungun jam 11.00 malam.

Penatnya.......

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009