Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


06 Januari 2010

Menu Tengahari

Lama tak post cerita pasal makanan. Ni posting pertama dalam tahun 2010 ni. Tahun lepas ada sebanyak 123 posting sejak hari pertama ambo mula blogging iaitu 18 Januari 2009. Dulu ambo ada dua blog, satu blog ini dan satu lagi blog pasal makan, makanan dan tempat makan. Kedua-duanya sudah disatukan dalam blog ini.

Hari ni ambo cuti tahun, rehat dan untuk selesaikan urusan perbankan dan lain-lain urusan yang tidak dapat dibuat pada hujung minggu. Rasa rajin nak masak pulak hari ni. Menu utama ambo masak kari kambing. Kambing lebihan beli kat Giant, Kuantan hari tu masih tersimpan dalam peti ais dan ambo dapati ianya cukup untuk satu periuk. Masak kari senang je, main campak-campak je. Lepas satu jam, daging kambing sudah empuk dan cukup lembut.



Menu sampingan ikan cermin goreng. Ikan ni dibeli dari nelayan tempatan oleh isteri ambo melalui kawannya. Untuk sebelas ekor ikan cermin yang selebar 4 jari, harganya cuma RM8.00 sahaja. Segar dan murah.



Lepas makan nasi, pekena pulak jeruk buah-buahan campur. Yang ni makan sikit je walaupun sedap - manis sangat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, tambahkan harga gula dipasaran...



Menteri suruh rakyat boikot peniaga yang naikkan harga makanan. Maka, kerajaan yang naikkan harga barangan tu kena diboikot juga.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009