Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


17 November 2009

Ikan Sokmo

Hari ini ambo cuti, ada urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Kuala Terengganu. Bertolak dari Dungun jam 9.00 pagi, sampai jam 10.30 pagi. Urusan siap dalam masa setengah jam je. Dalam perjalanan balik Dungun sempat lagi singgah 3 tempat - outing sorang diri ambil gambar landskap.

Semasa melalui Jambu Bongkok, ambo berhenti disalah satu gerai jual ikan darat. Tengok ada ikan Toman, Tapah, Keli, Puyu, Haruan, Sepat dan Belut. Ikan Toman yang masih hidup dijual pada harga RM16.00 sekilo. Mahalnya, hari Jumaat lepas ambo beli di Penarik hanya RM5.00 sekilo.


Gerai Menjual Ikan Darat, Tergantung Adalah Ikan Tapah

Minggu lepas ambo dah makan Toman masak lemak daun kesum. Walaupun mahal, ambo tetap nak beli. Kali ini ambo ambik seekor Toman seberat 1.8kg dan selepas tawar menawar dapatlah dengan harga RM25.00, siap siang dan basuh. Okayla tu.


Kesian Ikan Toman Kena Siang

Sampai Rantau Abang ada pulak gerai jual ikan darat untuk peliharaan. Ada ikan sepat, ikan kalui kampung dan ikan puyu. Setiap beg plastik berisi dua hingga 3 ekor ikan dijual pada harga RM10.00. Ambo ambik satu beg ikan kalui kampung untuk dimasukan kedalam akuarium ikan puyu yang sedia ada.



Ikan Kalui Kampung Dalam Air Paya Yang Merah

Sampai rumah jam 1.00 tengahri, isteri hidangkan makan tengahari berlaukkan ikan merah goreng. Hahaha...ikan sokmo....best.

16 November 2009

Balik Kampung - Best Sokmo

Hari Jumaat, 12 November 2009 ambo datang kerja tapi jiwa kacau, meronta-ronta nak balik kampung. Tengok kepada kerja yang tak banyak, ambo ambik keputusan kerja separuh hari. Lepas solat Jumaat terus cabut balik kampung.


Pauh Mas Hitam, Pauh Che Ana, Pauh Harum Manis, Limau Nipis, Nyiur Dan Namgka Madu

Hari Sabtu - aktiviti kat rumah baru ambo kali ini adalah sangkut langsir - hampir 80% dah siap. Lagi baki tu tunggu nak beli kain dan design je lagi. Kali ini semua langsir tu direka dan dijahit isteri ambo. Aktiviti tanam pokok-pokok, repair sistem paip air dan repair saluran air adalah tugasan utama ambo kali ini. Gril rumah pun dah hampir siap, minggu depan boleh dipasang. Aktiviti meratakan 2 lori tanah tak sempat + tak larat nak buat. Minggu depan la.



Hari Ahad, lepas makan nasi belauk ayam bakar, ambo pergi ke Rantau Panjang - jalan-jalan cari pasal sebab dah lama sangat tak berkunjung kesini. Isteri ambo beli buahan, perkakas dapur, periuk dan kuali untuk rumah baru. Ambo sempat juga beli kasut, baju dan seluar sepasang dengan kos RM125 sahaja. Semuanya made in siam! Hahaha...semua orang suka barang siam - pauh siam, beras siam dan mek siam.
Lepas Maghrib balik Dungun.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009