10 Julai 2009
Masakan Kegemaran
Antara menu kegemaran famili ambo adalah udang galah atau ketam masak lemak cili api dan masak stim ikan cermin.
Ketam masak lemak cili api ni menu minggu lepas. 6 ekor ketam segar dari Pasar Dungun dengan harga RM15 adalah untuk makan tengahari dan malam.
Ikan cermin ni pula dibeli oleh isteri ambo terus dari nelayan tempatan yang baru balik dari laut, amat segar dan murah, RM7 sahaja seekor. Ikan ni biasanya sedap disinggang, goreng, bakar atau masak stim. Hari ni dia buat keputusan untuk masak secara stim kerana dah lama tak makan ikan masak secara begini.
Label:
Makan-Makan
Langgan:
Catatan (Atom)
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009