Hari ini ambo melakukan satu kerja yang telah ambo tinggalkan selama 22 tahun yang lepas - meracun rumput menggunakan pam racun yang diletakkan atas belakang. Kerja terakhir ini ambo lakukan di ladang getah Felcra Gugusan Kuala Betis, Gua Musang pada awal tahun 1987, semasa bekerja sambil menunggu result SPM, dengan gaji harian sebanyak RM10.00 sehari - cukup mewah pada masa itu.
Kerja meracun dengan pam racun dengan purata 7 hingga 10 pam sepagi dan perjalanan turun naik teres getah amat penat bagi ambo pada masa itu - seorang budak yang baru habis SPM, dengan berat badan kurang dari 50 kg.
Hari ni ambo meracun rumput dan tumbuhan kecil di sekeliling rumah ambo di Bukit Marak, Kelantan. Racun Ammo Supre dibeli dengan harga RM22.00 untuk satu liter. Pam racun pinjam dari adik ipar ambo. Bancuh tidak ikut peraturan, campur racun 2 kali ganda dari cadangan kat label - nak kasi power lebih sikit. Kerja-kerja meracun sebanyak 3 pam siap dalam masa kurang dari satu jam. Tak sempat rasa penat pun.
Selepas meracun, cepat-cepat mandi. Masa meracun tadi terpaksa korbankan safety. Pam pulak bocor dan racun tu sentiasa terkena kaki dan betis ambo. Tak ada penutup mulut dan hidung, tak ada baju lengan panjang dan kasut getah. Ambo cuma mengawal semburan agar tidak melawan tiupan angin.
Seminggu lagi baru boleh tengok kesan racun kepada rumput dan tumbuhan kecil tu.
Seminggu lagi baru boleh tengok kesan racun kepada rumput dan tumbuhan kecil tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan