Hari Jumaat, 12 November 2009 ambo datang kerja tapi jiwa kacau, meronta-ronta nak balik kampung. Tengok kepada kerja yang tak banyak, ambo ambik keputusan kerja separuh hari. Lepas solat Jumaat terus cabut balik kampung.
Pauh Mas Hitam, Pauh Che Ana, Pauh Harum Manis, Limau Nipis, Nyiur Dan Namgka Madu
Hari Sabtu - aktiviti kat rumah baru ambo kali ini adalah sangkut langsir - hampir 80% dah siap. Lagi baki tu tunggu nak beli kain dan design je lagi. Kali ini semua langsir tu direka dan dijahit isteri ambo. Aktiviti tanam pokok-pokok, repair sistem paip air dan repair saluran air adalah tugasan utama ambo kali ini. Gril rumah pun dah hampir siap, minggu depan boleh dipasang. Aktiviti meratakan 2 lori tanah tak sempat + tak larat nak buat. Minggu depan la.
Hari Ahad, lepas makan nasi belauk ayam bakar, ambo pergi ke Rantau Panjang - jalan-jalan cari pasal sebab dah lama sangat tak berkunjung kesini. Isteri ambo beli buahan, perkakas dapur, periuk dan kuali untuk rumah baru. Ambo sempat juga beli kasut, baju dan seluar sepasang dengan kos RM125 sahaja. Semuanya made in siam! Hahaha...semua orang suka barang siam - pauh siam, beras siam dan mek siam.
Lepas Maghrib balik Dungun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan