Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


12 Februari 2009

Isteri Ambo Dan Bunga-Bungaan

Wanita, bunga dan hiasan tidak dapat dipisahkan. Demikianlah juga dengan isteri ambo ni. Setiap hari mesti dia akan menjenguk bunga dan hiasan laman rumah kami. Kadang-kadang ambo tolong lah juga, tolong tengok dan senyum. Siram bunga tu bolehlah sekali-sekala.

Semenjak dua menjak ni, datang semangat nak ubah dekorasi bunga dan laman. Nak tambah susunan batu-batan dan ubah susunan la pulak. Kena la ambo pergi sungai dan cari batu-batan kecik besar untuk disusunatur. Kereta kancil kami jadi lori mengangkut batu la pulak.

Inilah hasil penat lelah beliau. Malam mengadu sakit urat lenguh tangan. Tapi apapun puashati sebab cantik mata memandang.

Pam Air Dulu-Dulu

Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu bilamana ambo terpandang pam air manual ini. Dulu-dulu masa pergi mengaji , ambik air sembahyang guna pam ni la. Sekarang ni jarang ada dijumpai dimana-mana, dan kalau pun masih ada, tentunya sudah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi. Pam ini ambo jumpa semasa singgah di masjid semasa ziarah perkuburan pada raya Aidil Adha tempohari.

Ambo bercita-cita untuk memiliki dan pasang di rumah ambo pada suatu masa nanti. Buat satu telaga, pasang pam ni dan mandi air telaga......nikmatnya.

Bila ambo tanya Lebai Google, pam jenis ini masih ada lagi diperbuat dan dijual di negeri China. Ingat nak buat pesanan tapi ambo tersentak sebab minima pesanan adalah satu kontena. Ada sapa-sapa nak share beli dengan ambo?

11 Februari 2009

Sudah 20 Tahun

Ini adalah gambar ambo dan kawan-kawan ambo masa belajar kat ILPP 20 tahun lepas, masa ni semua masih lagi muda remaja dan pastinya semua masih lagi hensem, sekarang ni, ada yang boroi, kembang dan rambut gugur dan beruban. Berdiri dari kiri ialah Kassim, no 2 tu ambo lupa nama, ambo, Zali, Rosman dan Martin Ganjar...ha ha ha. Duduk dari kiri ialah Rambo dan Robert. Ni semasa kelas practical pakai breathing apparatus.

Gambar kedua adalah setahun kemudian semasa di Kerteh. Dari kiri ialah Zali, Sukri Idris, ambo, Jurij, jauh dibelakang ialah Syed Alwi, Zulfaradi, Syukri Awang dan anaknya.

Ada yang masih berhubungan samada secara email dan ada juga yang sudah terputus hubungan. Walaupun sudah 20 tahun sejak kali pertama berjumpa, rasanya macam baru semalam. Dunia bergerak terlalu pantas.

Sarapan Pagi Nasi Blauk

Sarapan pagi yang paling utama untuk orang Kelate adalah nasi. Tak kiralah samada nasi kerbau, nasi blauk atau nasi dagang. Bagi orang Kelate, walau dimana mereka berada, nasi blauk masih lagi berada dalam ranking yang pertama, cuma kadangkala nasi blauk ni susah sikit nak didapati di luar Kelate. Rajin mencari boleh juga jumpa kerna orang Kelate berniaga di seluruh Malaysia.

Pagi ni ambo ambik kesempatan sarapan nasi blauk diluar rumah. Sekali sekala ubah tempat dan suasana best jugak. Nasi blauk ni isteri ambo yang masakkan malam tadi, cuma panaskan dan tambah potongan timun dan kacang pagi ni. Biasanya kalau kat kedai makan, diorang pun masak malam jua untuk dijual pada paginya.

10 Februari 2009

IKan Kembong Percik

Semasa di pasar Dungun pagi tadi ambo tengok ikan kembong sangat segar, semacam masih hidup dan bergerak-gerak lagi. Lantas ambo sambar 4 ekor dan bayar RM6 kepada penjual berkenaan. Resepi ikan kembong percik la hari ini. Ambo tukang sediakan bara dan tukang bakar je, lain-lain isteri ambo yang buat.

Ginilah rupanya semasa dalam proses bakar dan bila dah masak. Gerenti sedap kerana pandainya orang yang bakar tu. Kenyataan melampau seorang lelaki.

Mee Gorang Basah

Kadang-kadang untuk makan malam, keluarga ambo nak juga tukar selera, sekali sekala nak juga makan benda lain selain dari nasi. Malam ni ambo tunjuk kepakaran buat mee goreng basah special, masuk daging kisar, udang dan sotong. Inilah hasilnya, alamak banyak pulak untuk makan 3 orang je. Tak apa la, kalau tak habis bagi peti sejuk makan dulu, kalau tak habis juga, jadi makanan Cik Tom la.

Resipi? Tak payah la kot, ambo main campak-campak sesuka hati je. Janji masak dan lebih sedap dari kedai. :)

Kontrak Mesin Rumput

Hari ni ambo ambik kontrak mesin rumput keliling rumah ambo. Biasanya sebulan sekali kena la mesin, nak cari sub-con pun mahal sangat minta - RM50 - 80 sebuah rumah. Mesin rumput ambo pulak merajuk sakan hari ni, nak tercabut lengan baru nak hidup. Dah la petrol bocor kat karburetor, kena repair pulak satu hal. Belum mesin rumput dah penat gila. Nasib baik lighter tak ada, kalau ada dengan mesin-mesin tu ambo bakar.

Peralatan safety kena cukup terutama safety glass, manalah tau kan terbang pulak pasu bunga dan kereta sorong masuk dalam mata bila kena bilah mesin rumput tu. Kasut getah tu untuk jaga betis. Cuma lupa nak sediakan ear plug. Bengang la juga telinga dengan bunyi mesin tu.

Ambo kadang-kadang hairan dengan mat-mat mesin rumput yang selalu jumpa kat tepi jalan tu, seharian diorang kerja nampak relax je. Ambo yang mesin 2 jam ni pun penat yang amat. Mungkin sebab alah bisa tegal biasa la tu kot. Walaupun penat bila tengok keliling rumah dah cantik, seronok la pulak. Petang-petang boleh lepak sambil pekena keropok lekor. Adus....nikmatnya.

09 Februari 2009

Bercuti Ke Sabah - Jambatan Gantung

Pertama kali sampai kat Kota Belud ni, tengok jambatan gantung dah excited nak naik. Semua orang dah pasang niat naik menyeberangi jambatan ini. Sungainya lebar tapi tak dalam sangat. Masyarakat disini masih lagi bergantung kepada sungai untuk mandi dan membasuh. Bekalan air ada tapi slow yang amat. Hanya untuk minum sahaja. Tu pun kadang-kadang kena pam dari sungai.

Kami semua pun kena mandi sungai jugakla, lelaki perempuan terpaksa la. Aurat tak terjaga - darurat. Tu yang ambo dan isteri bangun pukul 4 pagi semata-mata nak mandi pagi. Pukul 5 pagi dah subuh. Tak ada perkataan sesuai nak mengambarkan kesejukan mandi pagi dalam gelap pada pukul 4 pagi, dalam sungai yang airnya cetek tapi mengalir deras.

Apapun, seronok juga bilamana berpeluang kembali ke masa silam - macam zaman 70an dulu.

Sepit Biru

Lama betul tak makan udang galah, asyik-asyik beli udang bela je kat pasar. Udang galah ini biasanya boleh didapati bilamana musim mengail udang dah tiba.

Semalam ambo sempat mengail kat Pasar Dungun berumpankan RM35 sekilo untuk yang besar dan RM10 selonggok untuk yang kecik-kecik tu. Udang ni telah dimasak lemak cili api tapi tak sempat snap foto sebab terlalu excited nak makan. Sedap yang amat.
Selain masak lemak cili api, goreng kunyit kering pun sedap ni.

Silalah menjamu mata anda, kalau terasa nak makan dan tak sanggup ngail kat pasar, carilah mana-mana sungai terdekat untuk ngail sendiri.

08 Februari 2009

Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang popular di Kelate dan Terengganu. Tapi perbezaan kedua-dua jenis nasi dagang berkenaan amat nyata. Nasi dagang Kelate diperbuat dari beras khas untuk nasi dagang dan lauknya bermacam-macam seperti gulai ikan, ayam, telur ataupun udang. Ditaburkan pula sambal nyiur goreng diatasnya. Manakala nasi dagang Terengganu diperbuat dari beras biasa dicampur dengan beras pulut dan hanya berlaukkan gulai ikan aya dan dihidangkan dengan acar timun.

Kali ini ambo hidangkan nasi dagang Terengganu untuk menjamu mata anda semua. Lain kali ambo akan masukkan nasi dagang Kelate pula.

Bercuti Ke Sabah - Kenduri Kahwin

Alhamdulillah, Pak Din telah selamat diijabkabulkan pada petang Khamis. Majlis kenduri kahwin sebenarnya telah bermula pada petang itu dengan acara sembelihan 2 ekor lembu pada petangnya. Pada hari berkenaan ada acara betitik, iaitu sejenis permainan musik tradisi masyarakat Bajau. Malamnya acara karaoke sambil membuat persiapan dan masak lauk pauk untuk kenduri. Perbezaan yang nyata dengan masyarakat Kelate. Disini pukul 8.00 pagi jemputan dan mula datang, salam keruk duit tetamu dan tuan rumah adalah sebelum makan !!!. Karaoke dan betitik saling dipersembahkan terus menerus, tetamu juga boleh menunjukkan bakat mereka dalam kedua-dua acara ni.

Majlis persandingan berlangsung selepas solat Jumaat. Perarakan kereta kami didahului dengan 2 penunggang kuda Bajau - maaf tak ada gambar, movie ada la - dan disambut dengan paluan kompang dan hujan lebat mencurah-curah sebaik sahaja pengantin sampai.

Acara malamnya lagi hebat, karaoke lagu tradisi dan lagu moden diiringi dengan joget lambak bersambung lagi. Tua muda kecik besar sama-sama bergumbira. Lain benar sambutan kenduri kahwin disini dengan Kelate.

Ada seorang penduduk disitu menghampiri ambo dan berkata "Kelantan tak boleh buat begini kan sebab Nik Ajis marah".
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009