Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


21 Januari 2010

Outing, Kuliah dan TT Bersama Ustaz Azhar Idrus

Khamis, 20 Januari 2010


Petang
Outing dengan Ustaz Azhar Idrus, Sam-Soul, Fdloziq dan Redzx
Orang lain bawa satu je kamera, Ustaz bawa dua.
Tengah ajar cara setting yang betul kepada Sam-Soul


Malam
Hadir kuliah maghrib Ustaz Azhar di Surau Hj Bidin, Dungun.
Gambar contoh VCD Original Ustaz. VCD MP3 adalah cetak rompak
Belilah yang Original



Tengah Malam
Lepas jamuan nasi dengan rombongan Ustaz
singgah kedai pula, sessi teh tarik sampai jam 11 malam
bincang-bincang hal berkaitan kamera.

Note : Gambar Guna Handphone - Kurang Memuaskan

18 Januari 2010

Ayah Mertua Ambo Masih Sakit

Sabtu, 16 Januari 2010 ambo ambik keputusan balik kampung serta-merta untuk menjenguk ayah mertua ambo yang sedang sakit. Ingat nak balik hujung minggu depan tapi bila mendapat maklumat bahawa dia sakit teruk sampai tidak tidur malam, hati terdetik untuk segera menjenguknya. Ambik cuti sehari dan Alia ponteng sekolah sehari + ponteng tuisyen sehari. Tak apalah, semua tu hal kecik. Tak ada apa yang lebih utama selain dari kesihatan keluarga dan sedara mara.

Dia ada masalah buah pinggang tak berfungsi sepenuhnya, membawa kepada pengumpulan asid urik. Acid urik tu membuatkan penyakit lamanya, gout semakin teruk. Acid urik juga membuatkan rasa loya, nak muntah dan mengakibatkan tidak lalu makan. Terkejut besar ambo bila lihat dia kurus sakan, berbanding dengan 3 minggu lepas.

Sekarang ni dia sambung berubat dengan cara tradisional, jumpa bomoh kampung untuk sakit buah pinggang dan bomoh lain pula untuk gout. Nampak macam ada perubahan tapi tak taulah setakat mana. Dia sudah tidak mahu pergi ke hospital lagi kerana doktor bercadang nak tebuk buah pinggang untuk buat haemodialis. Tebukan kawasan pusat perlu dibuat setiap kali rawatan haemodialis. Kekerapan tebukan dan rawatan pada peringkat awal ni seminggu sekali, bila dah lama menjadi dua kali seminggu dan boleh mencapai empat kali seminggu, bergantung kepada tahap dan keseriusan peyakit.

Orang tua ni bilamana anak-anak yang tinggal berjauhan balik, mereka cuba untuk nampak sihat walaupun sakit teruk. Cuma dia memang nampak ceria dan selera makan pun bertambah. Sebelum ni makan nasi sejemput je, tapi kelmarin dia makan agak banyak bila isteri ambo masak toman masak lemak dan ambo beli gulai ayam kampung dan solok lada. Berselera betul dia makan.



Minggu depan ambo nak balik kampung sekali lagi.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009