Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


28 Mac 2010

Masuk Hospital

Rabu, 24 March 2010 Ayah Mertua ambo dimasukkan ke Hospital HUSM sekali lagi. Komplikasi kegagalan buah pinggang dan gout. Sudah masuk tahap kritikal sebab urea dalam darah sudah naik kepada 46. Orang yang sihat bacaannya adalah 5 sahaja. 

Dulu lagi doktor cadangkan untuk tebuk dekat pusat, masukkan alat untuk cucian, tapi dia masih tidak bersetuju. Sudah sampai tahap tidak boleh bergerak disebabkan gout dari buku lali hingga siku dan hampir-hampir kena stroke, kejang setiap hari, tiada selera makan dan muntah setiap kali makan. Tahap dimana perubatan secara tradisional tidak lagi memberi kesan. Bukan tidak ada sesiapa yang menasihati tapi dia masih lagi nak bertahan.

Sempat Ambil Satu Gambar Je
Nurse Kata, Dalam Hospital Dilarang Ambil Gambar
Sorry Misi

Hari Khamis doktor sudah menjalankan prosidur itu dan dia kena dimasukkan air sebanyak 60 liter - satu liter setiap kali masuk, buang dan masuk balik. Kelmarin bacaan urea dalam darah dia sudah turun kepada 37 - satu perkembangan positif. Jika 60 liter tu tak cukup, mungkin akan dimasukkan lagi 10 liter. Darah juga sudah dimasukkan sebanyak 3 pain untuk mempercepatkan pemulihan.

Setakat ini sebarang info berkaitan akan dihantar oleh adik ipar ambo. Semoga beliau akan cepat sembuh. Amin.

Sunrise Kat HUSM

Gambar ini tiada kaitan secara langsung. Ambo ambil dari tingkap HUSM sebagai kenangan sahaja. Semasa matahari sedang naik, seorang pesakit lelah di hujung katil Ayah Mertua ambo baru sahaja meninggal dunia. Ini mengingatkan ambo bahawa setiap hari matahari akan turun naik sebagaimana diaturkan olehNya. Manusia pula akan lahir dan mati setiap ketika, juga telah ditentukan olehNya.

Di HUSM ini, dalam wad bersalin ada sahaja kelahiran dan dalam lain-lain wad ada sahaja kematian.
Allah Maha Besar
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009