Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


02 September 2009

Berbuka @ Dungun - Sahur @ KL - Berbuka @ Dungun

Pada 1 Sept ambo dan seorang rakan datang ke KL menaiki bas. Bertolak dari Dungun jam 1045 malam dan berhenti rehat kat Chendor. Lama betul bas berhenti, rupanya aircond ada masalah. Pukul 0135 pagi baru bas bertolak ke KL. Alamak, sempat ke ambo nak sahur ni? Biasanya, bas akan sampai ke Hentian Putra jam 0400 atau 0430 pagi, tapi ni dah terlewat satu jam dari jadual asal. Ah, lantaklah, ambo nak tido, tak sempat sahur teruk la, ambo cuma ada setengah botol oren jus dan beberapa biji gula-gula hacks.

Alhamdulillah, bas yang dipandu begitu laju sempat sampai kat Hentian Putra jam 0450 pagi, terus ambil teksi ke Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang untuk bersahur. Selepas sahur ambo terus check-in Corus Hotel, depan restoren tu je. Tido selepas subuh dan bangun pergi kerja kat KLCC jam 0900 pagi.

Kerja habis jam 0100 tengahari dan check-out hotel jam 0200 petang. Berkejar ke Bandar Utama dengan teksi untuk satu lagi urusan peribadi. Dari situ ambil teksi dan terus ke Subang Airport untuk naik Firefly, balik ke Kerteh la. Sampai Kerteh jam 0555 petang dan terus balik Dungun.




Sempat berbuka di rumah. Udang galah masak lemak cili api.


31 Ogos 2009

Buahan Tempatan

Antara buah-buahan tempatan yang semakin jarang dijumpai adalah buah kecupu dan buah tal. Ambo tidak tahu nama lain buah kecupu tetapi buah tal adalah termasuk dalam jenis kelapa laut.

Kecupu biasanya ditanam dikampung-kampung sahaja manakala buah tal biasanya ditanam atau tumbuh dikawasan sawah atau pinggir kampung.

Kegunaan buah kecupu adalah untuk dibuat sambal ikan. Tumbuk lumat kecupu yang dibelah buang biji, campur ikan rebus, lada dan garam secukup rasa. Rasanya yang masam masin pedas bertindak sebagai pembuka selera. Kecupu yang masak adalah manis dan sedap dimakan begitu sahaja. Biasanya ada dijual di Medan Ilmu, Kota Bharu setiap Jumaat.

Manakala buah tal muda sedap dimakan seperti juga kelapa muda, isinya lebih sedap dan airnya kurang manis. Tuak tal ni juga adalah salah satu minuman yang sedap dan amat payah didapati. Semasa bulan Ramadan, ambo pernah beli tuak tal ni di Bazar Ramadan Jelawat, Bachok. Isi tal muda ada dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Makan Dimana - Nandos Putrajaya

Hari tu semasa pergi KL, selepas habis kerja kat KLCC, ambo sempat pergi merayap kat Putrajaya, ingat nak outing ambil gambar. Memandangkan cuaca agak mendung, outing tu kira tak menjadilah. Jalan-jalan dan pusing-pusing perut terasa lapar la pulak.

Hari dah nak maghrib, maka ambo ambil keputusan untuk makan malam. Lepas ni nak balik Dungun, maka tak payah singgah lagi la untuk makan.

Lama dah rasanya tak makan Ayam Nandos, dulu pernah la dua tiga kali makan kat KLCC. Jadi hari ini ambo makan mewah sikit - ayam + nasi + kentang goreng + jus oren, semuanya RM21.00.




Memang sedap, padan dengan harga.

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009