Pak Sedara ambo, Pak Su Lah seorang cikgu yang suka mengail. Sekejap tadi dia MMS gambar ikan ni, orang Kelate panggil ikan keppar - anak beranak sepupu sepapan dengan ikan puyu. Ngail berumpankan kelkatu je.
Ikan ni sedap dimakan jika dipanggang dan cicah dengan kicap + lada + limau nipis. Tak pun masukkan dalam budu ganti ikan panggang tawar lain, cicah dengan ulam kerdas, jering muda atau petai.
Fuh...sedapnya, pecah liur ambo ni....
Bulan ni ambo banyak berada luar kawasan, luar dari Dungun. Awal bulan, 05 April ambo pergi tengok F1 di Sepang. Habis race ambo berkejar ke Damasara, check-in Hotel Peninsula untuk tugasan luar selama 5 hari di Mont Kiara. Selepas 2 malam, pindah pulak ke Cititel Hotel, Mid Valley untuk selama 3 malam.
Balik ke Dungun pada Jumaat malam dan bertolak ke Kuala Terengganu pula pada awal pagi Ahad, 12 April untuk kursus berkaitan kerja. Menginap pula di Primula Hotel sehingga 16 April.
Jumlah menginap di 3 buah hotel pada bulan ni adalah selama 9 malam. Banyak kena bayar tu tapi dapat claim balik dengan company.
Kelmarin ambo singgah di Pusat Membelibelah Astaka, Kuala Terengganu. Di pintu masuk tu ada seorang remaja sedang menjual buah berangan goreng. Harganya RM20 sekilo. Boleh tahan mahalnya. Kalau sesiapa pernah singgah kat Genting Sempah semasa dalam perjalanan ke KL tu, mesti pernah tengok ramai golongan cina menjualnya di situ. Tak perasan la pulak berapa harganya.
Rasanya sudah lama sangat ambo tak makan buah berangan ni. Teringin memakannya dan disebabkan seorang diri sahaja, ambo beli la sebanyak RM5 untuk 250 gram sahaja. Lembut, lemak dan sudah pasti sedap.
Berangan = Chesnut
Orang Kelate panggil collek buah je, bahasa standard adalah rojak buah. Buah pauh (mempelam) + jambu madu + nenas + jambu batu dan kuah rojak buah. Kalau ada limau bali dan sengkuang lagi la sedap.Kalau kat hotel, rojak buah ni la ambo selalu cari dulu sebagai pembuka selera walaupun selera ambo tak pernah bermasalah.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009