Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


24 Februari 2010

Candid Jurugambar

Salah satu subjek utama ambo semasa ambil gambar adalah street photo dan candid. Kali ini ambo nak kongsi aksi-aksi spontan yang menarik dan aksi lucu para jurugambar, samada pro atau amatur, samada pakai DSLR, compact atau camera handphone. Bukan sahaja model perlu bergaya, tapi jurugambar perlu memposisikan badan dan kedudukan mereka untuk mendapatkan gambar yang baik dari segi mutu, komposisi dan latarbelakang gambar itu sendiri.

Semua gambar dan aksi candid ni ambo rakamkan dihadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC. Enjoy












Dan yang dua kat bawah ni adalah posisi yang paling ekstrem

 

21 Februari 2010

Buang Sampah Dari Kereta

Hari ni ambo nak kongsi satu sikap orang kita yang tidak sepatutnya dilakukan. Sikap membuang sampah dari dalam kereta ke atas jalanraya. Peristiwa ini ambo alami semasa berkereta dari Bachok baru-baru ini. Dengan selamba je drebar kereta ini membuang bungkusan plastik air batu ke atas jalanraya. Bungkusan plastik yang berisi air batu tu melantun dan hampir mengenai kereta ambo.

Gambar Sebenar

Sikap tak bertanggugjawabnya hampir menyusahkan orang lain. Juga, dia telah membuang sampah diatas jalan, tempat orang lalu lalang. Ada orang suka mempermudahkan laluan orang dengan membuang ranting yang menghalang laluan, tapi dia ni suka buang sampah atas laluan orang. Selepas buang bungkusan air tu, dia buang kotak rokok pulak, juga atas jalan. Jauh benar beza sikapnya. Kereta nak bersih, hati juga kena bersih.


Kalau makan minum dalam kereta, bekas minuman ke, pembalut makanan atau plastik sampah simpan dulu dalam kereta. Dah sampai tempat yang kita berhenti, ambil dan buanglah dalam tong sampah yang ada kat situ. Senang kan?
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009