Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


11 April 2010

Cik Yah Selamat Bersalin

08 April, Khamis petang kami mendapat khabar dari suami kepada adik isteri ambo - Cik Yah dimasukkan ke Hospital Taiping kerana sudah sampai masa untuk bersalin. Paginya mereka pergi ke hospital itu untuk mendapatkan surat sokongan untuk bersalin di Kota Bharu. Mereka di jangka balik ke Kota Bharu pada hari Sabtu 10 April untuk bercuti sementara tunggu masa bersalin 26 April 2010.

Alhamdulillah, pukul 1.21 tengahari Cik Yah selamat menjalani pembedahan Caesarean. Baby seberat 2.90 kg. Sedihnya, hanya mereka berdua yang menyambut kelahiran putera sulung. Sedara-mara berada jauh dan tidak berkesempatan melawat. Hanya SMS dan telefon menjadi penyambung khabar dan berita.

Khamis malam, ambo buat keputusan untuk pergi melawat mereka. Bertolak dari Dungun pukul 03.10 pagi dan sampai di Kota Bharu pukul 5.25 pagi untuk mengambil 2 orang adik ipar ambo. Bertolak dari Kota Bharu pukul 7.45 pagi dan sampai Taiping pukul 12.15 tengahri. Laju jugak kali ini.

Putera Sulung Cik Yah Dan Che Amir

Gambar Penuh - Usia 2 Hari

Tahap keselamatan di Hospital Taiping adalah yang paling ketat ambo rasakan. Sesiapa pun tidak dibenarkan menunggu pesakit dan masa melawat adalah amat dikawal. Suami pesakit sendiri tidak dapat masuk jika di luar waktu melawat. Ini kerana banyak terjadi kes-kes culik, tukar dan curi bayi.

Jamu Selera Kat Pelita Nasi Kandar - Taiping

Sabtu petang selepas waktu melawat, kami mulakan perjalanan balik ke Kota Bharu. Tinggalkan seorang adik ipar perempuan untuk menemani Cik Yah semasa berehat di rumahnya sebelum dapat pulang ke kampung.

Hari Ahad ambo kerja dan terpaksa balik ke Dungun malam ini juga. Penat tak hilang lagi. Tak apalah, kena tidur sekejap ni. Bertolak balik ke Dungun pukul 2.50 pagi. Sampai Dungun pukul 5.25 pagi hari Ahad.

Sampai pejabat pukul 7.35 pagi. Alhamdulillah
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009