Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


20 Mei 2009

Baiki Kereta

Hari ini hari servis dan repair kereta. Pergi jam 08.30 pagi dan selesai jam 12.30 tengahari. Servis tu adalah rutin sebab dah lebih 5000 km. Tukar minyak hitam, oil filter dan upah habis RM59 + RM9 + RM8. Selain tu kereta ambo ada masalah bunyi berkeriut dibahagian belakang. Bila pomen check, dia kata kena tukar part yang dipanggil "tulang anjing". Sepasang yang panjang RM96, satu yang pendek RM38 dan satu skru RM10. Upah pulak kena RM15.

Selesai bahagian tu, pergi kedai tayar pula untuk buat alignment dan balancing. Tayar off-center dan bergegar kuat. Pomen kata kena pasang 4 center cone, RM40 satu darab 4 - RM160. Alignment kena RM30, balancing kena RM30, chamber adjustment kena RM35.

Jumlah bayaran untuk servis dan repair hari ni adalah sebanyak RM490. Tu pun ada satu lagi tak repair, bearing tayar sebelah belakang dah mula berbunyi. Pomen dan suruh tukar semua bearing bila buat alignment sekali lagi.


Jadi, ambo tengah fikir la ni, nak tukar bearing tu ke atau nak tukar kereta. He he he....heh.

19 Mei 2009

Bajet Makan Hari Ini

Hari ni ambo buat pelik sikit dari biasa, set dalam kepala untuk belanja lauk tak lebih dari RM20.00. Tak pernah lagi ambo buat macam ni. Sekali-sekala nak tengok bolehkah ambo kawal perbelanjaan harian. Selepas makan pagi, macam biasa ambo pergi ke Pasar Dungun. Pusing keliling pasar dan beli ikan tenggiri sekeping RM10.00. Sotong besar agak murah hari ni RM8.00 sekilo. Ada baki RM2.00 tu ambo beli bendi, tomato dan santan. Hah, cukup pun RM20.00.

Disebabkan isteri dan adik ipar ambo sibuk buat persiapan gubahan perkahwinan, maka ambo jadi chef hari ni. Menu hari ni kari ikan tenggiri dan sotong goreng kunyit.

Orang Kelate kata - kenyea nettin ari ni.

17 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada cikgu, ustaz dan ustazah. Ramai juga guru-guru dalam keluarga ambo.

1. (Cikgu) Ab.llah Zawawi - pak sedara ambo - Bendang Nyiur
2. (Ustaz) Abe Wahid - biras ambo dan (Ustazah) Kak Nab - kakak ipar ambo - Paloh
3. (Cikgu) Meor Hasnan Sazali - Adik Ipar ambo dan (Cikgu) Nuraziah - adik ambo - Chiku
4. (Cikgu) Amir - biras ambo dan (Ustazah) Nur Imaniyyah - adik ipar ambo - Kamunting
5. (Cikgu) Adilah - biras ambo - Skudai
6. (Cikgu) Norhayati - sepupu ambo - Limbat
7. (Cikgu) Sidek - sepupu ambo - Mersing
8. (Cikgu) Norhidayu - sepupu ambo - Kuala Lumpur
9. (Cikgu) Ab Kadir - pak sedara ambo - Tumpat

Ada beberapa orang lagi yang akan jadi cikgu, takde ucapan lagi, tunggu jadi cikgu baru boleh bagi ucapan.


Hadiah dari ambo, untuk pergi sekolah je. Insuran dan roadtax bayar sendiri la.

Mengapa 16 Mei ?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.


Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009