Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


14 Jun 2010

Perkahwinan Siti Aishah - Mohd Arif

Tahun ni sampai giliran adik ipar ambo, Siti Aishah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohd Arif. Majlis akad nikah berlangsung pada hari Sabtu 05 Jun selepas solat Isyak. Dengan sekali lafaz, mereka berdua telah selamat menjadi suami isteri.

Dalam Penantian Saat Dan Ketika

Alhamdulillah, Selamat

Ahad, 06 Jun 2010 adalah hari kenduri. Paginya, sembelih seekor lembu dengan tujuan utamanya adalah kenduri aqiqah anak-anak saudara dan pada masa yang sama, meraikan perkahwinan mereka berdua. Disebabkan ayah mertua ambo yang sudah uzur - sakit buah pinggang, maka ambo mengambil alih tugas tukang masak gulai kawahnya. Tugas memasak bermula pukul 8.00 pagi selepas sebahagian daging sudah dilapah secara gotong-royong. Pukul 11.00 pagi sudah masak satu kawah dan menjelang pukul dua petang, siap semuanya.

Gambar Oleh Shamsul - Jemputan Khas Dari Dungun.

 
Gambar Oleh Jurugambar Kahwin - Telah Diedit Oleh Ambo

Hari Selasa, 08 Jun 2010 adalah hari kenduri rumah Mohd Arif - hari menyambut menantu. Janji nak datang pukul 2 petang tapi disebabkan ayah mertua ambo masuk hospital disebabkan sakit dada dan tidak bermaya pada tengahmalam lepas kenduri tu, maka perancangan hantar menantu pun lewat la kerana masing-masing pergi melawat beliau kat HUSM. Pukul 4.00 petang baru sampai ke rumah pengantin lelaki di Pengkalan Chepa.

Selamat Pengantin Baru Kepada Keduanya, Semoga Bahagia Sampai Akhirat.

p/s : Gambar tak banyak sebab tukang gambar jadi tukang masak
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009