23hb June 2009, adik ipar ambo kena daftar masuk Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Dia datang berempat satu kereta dari kampung dan bermalam kat rumah ambo. Ambo pun memang bercadang nak pergi juga sambil jalan-jalan.
Kami konvoi 2 buah kereta dan bertolak pukul 06.30 pagi. Singgah makan pagi bekalan nasi berlauk di Hentian Rehat Kuantan. Makan kat wakaf yang disediakan, kalau makan bersila lagi best rasanya. Sampai di UIAM Petaling Jaya pukul 12.30 tengahari. Masa daftar pukul 02.00 petang. Rehat dulu sambil menghabiskan baki makanan tadi dan makan kueh mueh sikit. Suasana sangat sibuk kerana kehadiran ibubapa penjaga datang menghantar anak masing-masing. Tidak kurang dari 3000 mahasiswa mendaftar pada petang tu sahaja. Pagi tadi dah ada satu sessi.
Daftar sessi petang bermula pukul 02.00 petang dan sepatutnya berakhir pukul 05.00 petang. Tapi adik ipar ambo dapat masuk bilik kat Mahaallah Umar AlKhattab pukul 06.00 petang. Bagi ambo yang sudah beberapa kali pergi hantar orang daftar masuk universiti, kat sini pendaftarannnya langsung tidak sistematik. Kebiasaannya daftar masuk universiti paling lambat pun 1.5 hingga 2 jam sahaja. Kesian kat Iwan, satu bilik lapan penghuni, sesak dan padat. Terima dan redha ajelah, bukan nak tuntut keselesaan tapi nak tuntut ilmu walaupun keselesaan itu salah satu faktor untuk menuntut ilmu dengan tenang dan sempurna.
Apapun ambo bertolak balik ke Dungun pukul 06.30 petang dan sampai kat Dungun 12.10 tengahmalam.

Penat? Taklah, seronok........