Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


21 Disember 2009

Ayah Mertua Masuk Hospital

Jumaat petang, 18 Disember 2009 ambo balik kampung lagi kerana ayah mertua ambo, Tuan Haji Ibrahim Yusoff telah dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.


Apa yang ambo lihat dari minggu lepas lagi, dia berkeadaan kurang sihat dan tidak bertenaga. Tetapi biasanya orang tua tidak menunjukkan ketidaksihatan mereka kepada ahli keluarga. Walaupun tidak sihat, beliau masih lagi dapat ulang alik ke masjid untuk berjemaah.

Beliau mengalami masalah gout dikedua-dua belah kaki dan ianya semakin teruk bilamana tidak dapat berjalan dan mula mengalami sakit dalam perut. Analisis doktor mengatakan kandungan garam dalam darah sudah terlampau tinggi. Beliau juga ada masalah kadar denyutan jantung yang tinggi dan tekanan darah yang lebih tinggi dari biasa. Mengikut rekod, masalah buah pinggang yang dikesan semakin teruk sejak dari 2007 lagi - tidak dalam pengetahuan beliau dan keluarga kerana tidak diberitahu oleh doktor pada masa itu.  



Sabtu dan Ahad - keadaan beliau semakin teruk, kedua-dua kaki bengkak pada sendi lutut dan buku lali. Cuma kadar denyutan jantung semakin baik dan tekanan darah hampir macam biasa, walaupun sedikit tinggi dari tekanan normal. Doktor memberikan contoh ubat gout yang baru untuk dibeli difarmasi kerana hospital tidak membekalkan ubatan berkenaan. Ubat gout yang selama ini dimakan oleh beliau sudah tidak sesuai dan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada buah pinggang. Doktor juga menyatakan bahawa beliau kena menjalani pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenar buah pinggangnya. Jika buah pinggangnya rosak, beliau kena menjalani rawatan hemodialisis selama 3 hari berturut-turut.



Isnin - ambo sudah balik ke Dungun semalam sebab hari ini kerja. Hari ini beliau menjalani untrasound buah pinggang dan keputusannya Alhamdulillah, buah pinggangnya masih lagi baik dan tidak perlu menjalani rawatan pembersihan (hemodialisis). Berita baik dari kampung mengatakan beliau sudah balik dari Hospital. Tetapi keadaan gout beliau semakin teruk. Kaki semakin membengkak dan sangat sakit bila digerakkan. Pihak Hospital hanya bertanggugjawab memeriksa jantung, buah pinggang dan tekanan darah sahaja. Gout tu boleh makan ubat farmasi kat rumah sahaja dan tunggu kaki surut bengkak sahaja.



Pesanan doktor, untuk cepat baik dari gout, beliau tidak boleh makan makanan laut, sayuran hijau, segala jenis kekacang, pisang dan limau.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009