Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


30 November 2009

Hari Raya Korban

Sempena Hari Raya Aidil Adha - Raya Korban - Raya Haji baru ni, seperti tahun-tahun lepas ambo turut menyertai korban sebanyak satu bahagian sahaja. Tahun ni ambo ambik lembu Pak Sedara ambo - Paksu Lah. Selalunya ambo ambik lembu Bapa Mertua, tapi tahun ni sengaja beralih angin untuk korban kat kampung sendiri.


Lembu Korban - Besar Dan Cukup Gemuk
Gosok Nak Ucap Selamat Tinggal


Paksu Lah Sedang Berusaha Untuk Menumbangkan Lembu Kesayangannya

Satu bahagian lembu ni hanya RM350.00 dan setelah dilapah dan dibahagi 7 bahagian - masing-masing dapat daging sahaja sebanyak 21 kilogram. Tulang, perut, hati dan organ dalaman lain tidak ditimbang, bahagi secara tompokan sahaja. Daging korban dibahagi-bahagi kat kampung ambo dan sebahagian lagi kat kampung isteri ambo. Selebihnya ambo buat kenduri untuk Solal Hajat rumah baru ambo di Taman Nur Hakim.


Mula-Mula Sembelih Dengan Sebelah Tangan



Lembu Besar, Kulit Tebal, Kena Guna Dua Tangan Pulak



Acara Melapah Daging


Acara Membahagikan Daging Korban


Acara Membahagikan Tulang Dan Organ Dalaman


Gaya Seorang Model Sambilan

Setelah kerja-kerja melapah dan membahagikan daging selesai, semua orang menjamu selera dengan menu yang sama setiap kali Raya Korban - Daging Singgang, Daging Goreng dan Sambal. Semuanya cukup berselera.

Malam tu diadakan pula kenduri majlis tahlil untuk mengingati ibubapa adik beradik, anak-anak, sedara mara dan muslimin muslimat yang sudah meninggal dunia.

Makan daging lagi - Raya Haji adalah raya untuk  makan daging.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009