Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


01 Ogos 2010

Kuantan - Jalan-Jalan Cari Makan Dan Digitalmukmin Outing

Kuantan adalah tempat tujuan kesukaan ambo setiap kali berpeluang untuk jalan--jalan dan cari makan sambil shopping.  Kebetulan pada hari itu Digitalmukmin photographers pimpinan Ustaz Azhar Idrus juga bercadang untuk outing ambil gambar di Teluk Cempedak.

Ambo tumpang la sekaki memandangkan sudah ada disini.

Ustaz Azhar Dan Otai PokDin

Ustaz Azhar Idrus

14 Jun 2010

Perkahwinan Siti Aishah - Mohd Arif

Tahun ni sampai giliran adik ipar ambo, Siti Aishah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohd Arif. Majlis akad nikah berlangsung pada hari Sabtu 05 Jun selepas solat Isyak. Dengan sekali lafaz, mereka berdua telah selamat menjadi suami isteri.

Dalam Penantian Saat Dan Ketika

Alhamdulillah, Selamat

Ahad, 06 Jun 2010 adalah hari kenduri. Paginya, sembelih seekor lembu dengan tujuan utamanya adalah kenduri aqiqah anak-anak saudara dan pada masa yang sama, meraikan perkahwinan mereka berdua. Disebabkan ayah mertua ambo yang sudah uzur - sakit buah pinggang, maka ambo mengambil alih tugas tukang masak gulai kawahnya. Tugas memasak bermula pukul 8.00 pagi selepas sebahagian daging sudah dilapah secara gotong-royong. Pukul 11.00 pagi sudah masak satu kawah dan menjelang pukul dua petang, siap semuanya.

Gambar Oleh Shamsul - Jemputan Khas Dari Dungun.

 
Gambar Oleh Jurugambar Kahwin - Telah Diedit Oleh Ambo

Hari Selasa, 08 Jun 2010 adalah hari kenduri rumah Mohd Arif - hari menyambut menantu. Janji nak datang pukul 2 petang tapi disebabkan ayah mertua ambo masuk hospital disebabkan sakit dada dan tidak bermaya pada tengahmalam lepas kenduri tu, maka perancangan hantar menantu pun lewat la kerana masing-masing pergi melawat beliau kat HUSM. Pukul 4.00 petang baru sampai ke rumah pengantin lelaki di Pengkalan Chepa.

Selamat Pengantin Baru Kepada Keduanya, Semoga Bahagia Sampai Akhirat.

p/s : Gambar tak banyak sebab tukang gambar jadi tukang masak

27 Mei 2010

Patin Buah Masak Tempoyak

Setiap kali singgah Hentian Rehat Temerloh semasa dalam perjalanan ke atau balik dari Kuala Lumpur, ambo tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ikan patin buah masak tempoyak. Seketul RM12.00 patin buah berbanding RM7.00 seketul patin sangkar.


Masakan ini ada dijual di kedua-dua belah Hentian Rehat Temerloh, tapi bagi ambo, kedai makan Hentian Rehat meuju ke Kuala Lumpur lebih sedap berbanding sebelah lagi. Tak tau la, mungkin tokey kedai atau tukang masak yang orang yang sama atau tidak. Masakan hampir serupa tapi rasa tidak sama. Bukan ambo seorang yang kata begitu. Kawan-kawan ambo yang biasa singgah pun sama pendapat dengan ambo.



Tetapi kalau nak makan ikan patin yang betul-betul sedap dan asli, kena masuk Temerloh - Bandar Ikan Patin. Kat simpang nak masuk bandar tu pun dah ada banyak kedai makan. Ambo pernah makan kat situ, memang sedap. 

Lama tak masuk Temerloh, semenjak adanya Lebuhraya Pantai Timur.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009