Hari Selasa, 22 Dec 2009 ambo ada meeting kat KL. Semasa berhenti rehat dari meeting untuk makan tengahari, boss bawak pergi makan kat Manhattan Fish Market kat bahagian bawah KLCC. Dulu pernah la makan sekali makanan MFM ni, semasa meeting juga, tapi masa tu siap bungkus dan makan kat cafe je.
Pelayan Datang Hantar Makanan Dan Nyalakan Api Depan Pelanggan
Order 3 jenis menu yang berlainan untuk 7 orang. Air minuman peach ice tea dan lemon ice tea - dua-dua free flow, boleh tambah sebanyak mana yang larat.
Macam Nasi Goreng Seafood + Kentang Goreng
Ikan, Sotong, Udang Dan Tiram Bakar
Seafood Goreng Celup Tepung
Selepas makan-makan, lepak-lepak, cakap-cakap dan gelak-gelak - bil pun sampai. Boss bayar dengan not RM50 sebanyak 4 keping.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan