Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


15 Januari 2010

Aktiviti Hari Ini

Awal Pagi - Ambo keluar rumah jam 6.36 pagi - keluar untuk ambil gambar di salah satu pantai kawasan Dungun iaitu Batu Pelanduk, dekat Kuala Abang. Tujuan utama nak ambik gambar matahari terbit dan gambar landskap menggunakan teknik slow shutter. Gambar matahari terbit tu okayla, tapi malangnya gambar teknik slow shutter tak memberikan hasil yang baik. Tak apalah tak berjaya pun, percubaan kali pertama ni.

Sinaran Mentari Pagi

Pagi - Balik dari pantai jam 8.10 pagi, ambil isteri dan anak pergi sarapan. Hari Jumaat memang biasa sarapan kedai la. RM 7.70 untuk roti telur 2, roti kosong 3, teh tarik dan kopi sauda. Lepas sarapan terus ke Pusat Tuisyen, daftar Alia masuk tuisyen UPSR. Keluar lagi RM100 untuk bayaran pendaftaran, buku latihan dan bayaran tuisyen. Tak apala, demi untuk masa depan dan kecemerlangan Alia. Masa ambo sekolah dulu tak ada kelas tuisyen gini. Tuisyen mula jam 0900 pagi hingga 1200 tengahari.

Destinasi seterusnya ialah Pasar Dungun, beli bahan untuk masak tomyam putih seafood, singgah Pasaraya untuk barangan kering dapur dan singgah Pustaka Seri Intan untuk buku latihan Alia. Pergi rumah tukang jahit, ambil baju Cik Yah yang baru siap, selepas lebih 6 bulan kot. Lamanya baru siap...

Tengahari - Ambik Alia dari Pusat Tuisyen, lepak, laptop, tidur, solat jumaat dan makan tengahari.

Awal Petang - Hari ini gerhana matahari separuh. Alia nak tengok gerhana matahari. Tak boleh tengok, sebab tak ada alat khas, tengok melalui air pun silau, reflection cermin pun silau - boleh rosak retina mata. Ambo dapat juga ambil gambar, itupun semasa matahari terlindung disebalik awan, dari dalam bilik berlapikkan cermin hitam tingkap. Akhirnya Alia dan Umminya dapat tengok kat laptop.

Berpinar Mata Ambo

Petang - Aktiviti makan petang, cuci dan bersih kawasan rumah, bakar sampah dan siram bunga.

10 Januari 2010

Dungun - KL -Desaru - Dungun

Petang Khamis 07 Januari 2010, ambo bertolak ke KL untuk satu urusan kerja di KLCC pada pagi Jumaat. Bawa anak isteri untuk jalan-jalan makan angin. Menginap di The Zon satu malam.

Petang Jumaat rasa boring duk KL, ambik keputusan nak pergi jalan-jalan. Melaka? Negeri Sembilan? Johor? Okay, kita pergi Desaru kerana ambo belum sampai lagi ke sini. Kalau ikut GPS, jarak KL ke Desaru sejauh 276 km, dan dijangka sampai pukul 7.40 malam.


Semasa Singgah Hentian PLUS

Ambik PLUS highway KL-JB dan keluar kat Air Hitam sekejap untuk mencuci mata dengan barangan tembikar, kaca, perhiasan dan makanan berasaskan kerepek kat sini. Alia sempat juga sambar seekor teddybear besar. Masuk semula PLUS dan keluar kat Kulai. Dari Kulai terus ke Kota Tinggi dan Desaru melalui Felda Air Tawar. Sampai kat Desaru Damai Beach Resort pukul 8.00 malam. Menginap disini satu malam - RM150 semalam.


Kawasan Jualan Barangan Tembikar, Hiasan Dan Cenderamata


Pintu Masuk Ke Pusat Peranginan Desaru

Pagi Sabtu selepas sarapan, terus bertolak balik ke Dungun. Singgah sekejap kat Felda Air Tawar Dua. Dulu isteri ambo pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar Dua pada tahun 1994. Singgah ni untuk mengimbau kenangannya, tengok-tengok sekolah lama dan keadaan tempat ni selepas 15 tahun. Ambo juga bawa isteri ambo pusing-pusing bandar Kota Tinggi untuk layan nostalgianya. Banyak perubahan dan makin membangun bandar ini.


Mengimbau Nostalgia 15 Tahun Lepas

Pukul 10.00 pagi bertolak pula ke Felda Tenggaroh - bertandang ke rumah sepupu ambo, Cikgu Sidek (Idee) dan isterinya yang mengajar di sini. Tuan rumah bersungguh suruh tunggu makan tengahari tetapi memandangkan perjalanan ambo jauh lagi, maka tak dapatlah memenuhi ajakannya. Mari semula la deh....


Bersama Keluarga Idee
2 Orang Kanak-Kanak Sebelah Kanan Tu Anak Jiran Beliau

Bertolak balik ke Dungun melalui Mersing, Endau, Nenasi, Pekan dan Kuantan. Singgah 2, 3 tempat ambil gambar tempat menarik, singgah isi minyak dan singgah makan di Nenasi. Alhamdulillah, sampai kat Dungun lebih kurang pukul 6.45 petang.

Perjalanan kali ini sejauh hampir 1300 km.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009