Daripada balik tangan kosong, ambo pun kutip sejenis tumbuhan ditepi sungai - dipanggil batang gelli - untuk dibuat kerabu, kalau dicampur buah bacang lagi best. Lama dah tak makan makanan orang kampung ni.
24 Januari 2009
Ngail Di Lubuk Kiat
Daripada balik tangan kosong, ambo pun kutip sejenis tumbuhan ditepi sungai - dipanggil batang gelli - untuk dibuat kerabu, kalau dicampur buah bacang lagi best. Lama dah tak makan makanan orang kampung ni.
Label:
Minat Ambo
22 Januari 2009
Bercuti Di London
Ambo sekeluarga semasa bercuti di London - bukanlah itu cuma Genting Highland sahaja. Kadang-kadang percutian ambo seakan ditaja oleh company kerana pada kebanyakan tempat ambo pergi atas urusan kerja, keluarga dibolehkan dibawa bersama.
Dahla tempatnya sejuk, masuk dalam snowworld pulak. Semua permainan nampak menarik tapi takut nak cuba, gayat la.
Label:
Cuti-Cuti Malaysia
Kereta Ambo
Rumah Pertama Ambo
21 Januari 2009
Ngail Di Taman Negara Kenyir
Ikan kelah merah tu boleh dimakan dengan sisik sekali, ranggup macam keropok. Bothouse dua tingkat siap Astro, bilik lelaki dan perempuan, tandas dan dapur.
Label:
Minat Ambo
Formula One
Setakat ni sudah beberapa kali ambo sampai ke litar ini. Suasana bingit dengan deruman enjin adalah satu keseronokan.
Label:
Minat Ambo
20 Januari 2009
Bercuti Di Melaka
Label:
Cuti-Cuti Malaysia
Bercuti Di Bukit Merah
Percutian kami yang paling banyak adalah di Bukit Merah Laketown Resort, iaitu sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa menyertai Mystery Drive syarikat, kali kedua semasa melancong sambil membeli belah di Perak dan kali ketiga semasa percutian 2 buah kereta ke Perak dan Langkawi sambil bertandang ke rumah Cik Yah di Selinsing, Perak. Ambo akan masukkan tempat-tempat yang ambo pernah lawati dalam catatan yang seterusnya.
Label:
Cuti-Cuti Malaysia
Kucing Pertama Kami
Kesian kepada Alia kerana kehilangan teman bermain. Dua hari selepas kehilangan Bulat, Alia mendapat teman baru, seekor kucing siam berumur 2 bulan sebagai pengganti. Ada kisah sedih juga pasal Comel.
Label:
Kucing Ambo
19 Januari 2009
Mengail

Bila masa bercambah hobi mengail Pak Su Lah ni pun ambo tak tau. Tau-tau je bila dapat MMS gambar ikan ni dari dia. Ini tangkapan dia semasa mengail kat sungai Kg Bendang Nyiur. Besar juga la ikan sebarau tu, letak garam semalaman dan gulai lemak. Masa makan tak ingat dunia.
Jom la pergi Tasik Kenyir dan Taman Negara barang semalam dua. Pastu pergi trekking ikut lorong gajah, camping kat sana 2 malam, masak nasi dalam buluh dan makan ikan bujuk bakar cicah kicap atau budu. Sayur pucuk paku rembat kat tebing sungai je.
Jom la pergi Tasik Kenyir dan Taman Negara barang semalam dua. Pastu pergi trekking ikut lorong gajah, camping kat sana 2 malam, masak nasi dalam buluh dan makan ikan bujuk bakar cicah kicap atau budu. Sayur pucuk paku rembat kat tebing sungai je.
Nostalgia Dulu-Dulu 3

Masa muda memang slim dan hensem, dah tua-tua ni tetap hensem tapi dah berisi banyak.
Nostalgia Dulu-Dulu 1

Ini adalah satu gambar yang amat berharga, tiada lagi satu gambar yang seumpamanya berada dalam simpanan siapa-siapa. Bergambar semasa pagi Hari Raya Aidil Fitri, dengan kamera Pak Su Lah, pada tahun 1980 atau 1981 rasanya semasa dia masih lagi berada di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang. Semasa itu ambo berumur 11 atau 12 tahun. Pak Teh Esa masa tu sudah bekerja di Felcra Keruak. Cuba perhatikan suasana rumah ambo pada masa itu. Nostalgianya memang menarik untuk dikenang.
Baju Adidas ambo tu dibeli oleh Mak Yah dan Ayah Soff di Pasar Lambak, Kota Bharu.
Baju Adidas ambo tu dibeli oleh Mak Yah dan Ayah Soff di Pasar Lambak, Kota Bharu.
Kelate Kito
Semenjak Kelate diterajui oleh PAS dan TGNA, usaha-usaha untuk memartabatkan Islam semakin bertambah, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua. Salah satu elemen yang diharamkam adalah judi, arak dan riba. Tiada lagi elemen riba dalam kerajaan negeri, tiada lagi judi secara terbuka dan tiada lagi penjualan arak secara terbuka.
Pamplet dari sebuah pasaraya besar ini menunjukkan kepatuhan mereka terhadap pengharaman kerajaan Kelate terhadap penjualan arak secara terbuka.
Semoga pemerintahan ini akan berpanjangan ekoran kesedaran rakyat semakin baik dan berkembang. InsyaAllah.
Keselamatan Diri, Keluarga Dan Masyarakat.
Sabtu 17 Jan lepas satu kemalangan berlaku di depan Stesen Minyak Petronas, simpang ke Gong Pasir. Lori terbalik dan berlaku tumpahan petrol yang mengalir ke longkang. Apa yang merisaukan ambo, penduduk kampung dengan selamba memungut dan menadah tumpahan petrol tersebut tanpa adanya satu kerisauan. Kebakaran dan letupan boleh berlaku dengan adanya 3 perkara - wap gas/minyak, oksigen dan punca api. Dua elemen pertama sudah ada, apa yang tiada hanya sumber api. Andai kata ada yang merokok pada masa berkenaan, trajedi lebih buruk mungkin berlaku. Ambo cuba buat yang terbaik untuk menasihatkan mereka tapi keutamaan mereka lebih kepada petrol percuma itu. Apa boleh buat.
Oleh itu, sekiranya kita mempunyai "peluang" untuk melihat kejadian seperti di atas, sila jauhi diri dan keluarga dari tempat kejadian.
Pantai Teluk Lipat
Benteng yang dibina terkadang tak dapat menahan pukulan ombak laut cina selatan, sehingga melimpahi keatas jalanraya. Jika tiada tindakan diambil pihak berkenaan, jalan dan Pantai Teluk Lipat mungkin tinggal nama sahaja.
Kampung Ambo

Rumah Pak Su Lah itulah rumah ambo dibesarkan dahulu. Dulu ianya adalah rumah kayu dan digantikan dengan rumah batu pada tahun 1986. Sungai Tohor tulah tempat belajar berenang selain taliair sebelah Rumah Kamal
Banyak lagi cerita zaman kanak-kanak akan ambo paparkan setakat yang diingat dan mempunyai bahan dan rujukan. Tungu.........
18 Januari 2009
Salam Perkenalan - Catatan Pertama
Inilah ambo. Walau tak nampak muka sepenuhnya, sesiapa yang sentiasa berurusan dengan ambo pasti boleh kenal ambo walaupun nampak cuping telinga sahaja. Apa yang ambo heran, setiap kali ambo telefon seseorang, orang berkenaan pasti akan boleh mengenali suara ambo walaupun ambo cuma berkata "hello" sahaja. Pelik, tapi itulah yang sentiasa terjadi, tak ada peluang langsung nak menyamar dalam telefon
Langgan:
Catatan (Atom)
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009