Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


09 Mac 2009

Kuliah Jumaat Di Medan Ilmu

Sejak berpuluh tahun dahulu lagi, TGNA tetap setia menjalankan tanggungjawabnya sebagai Tok Guru dan Ulama di Medan Ilmu ini. Dulu-dulu dia mengajar di tingkat atas bangunan PAS tersebut yang hanya dapat memuatkan puluhan orang sahaja. Keperluan orangramai untuk mendengar suara dan melihat kejernihan wajah beliau secara berdepan telah membuatkan pentas didirikan ditempat sekarang.

Setiap kali ambo balik kampung, jika ianya berkebetulan pada hari Jumaat, menjadi satu kerugian yang besar jika tidak berpeluang mendengar kuliahnya. Jika ambo berada di Dungun, kuliahnya masih boleh diikuti secara live dari website. Kuliah beliau adalah sentiasa berada dalam kelas yang tersendiri. Tidak ada sesiapa pun dapat menyamai keseronokan dan kenikmatan mendapat ilmu dari TGNA. Alhamdulillah, setakat ini beliau masih sihat dan berupaya. Tahun-tahun mendatang hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih untuk memikirkannya.

Selepas mendengar kuliah, keseronokan berbelanja menjadi satu lagi daya tarikan orangramai kesini. Beraneka jualan dan keperluan termasuk sayuran, makanan tradisi dan lain-lain keperluan ada dijual disini, kebanyakannya dijual secara terus oleh orang kampung.

Ambo suka membeli makanan tradisi orang kampung kat sini, ikan air tawar, ulaman, sira labu, macam-macam kerabu dan kueh tradisional.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009