Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


01 Februari 2009

Kucing Kedua Kami

Dua hari selepas kematian Bulat - demi mengubat kesedihan Alia, ambo telah mendapatkan seekor kucing siam yang baru berumur 2 bulan. Dengan kedatangan Comel, Alia telah dapat menerima ketiadaan Bulat dan mula menyukai Comel. Semakin ia membesar semakin nakal dan manja. Kemudian Comel mula mendapat kawan baru - Bella. Kedua-duanya membesar dengan lincah, manja dan sedikit nakal. Sangkar mereka diperbesarkan dan mendapat segala kemudahan selayaknya.

Semasa balik kampung untuk menyambut Aidil Fitri tahun 2008, Comel dan Bella masih sihat dan cergas. Petang sehari sebelum raya Comel tiba-tiba tidak dapat berjalan, kaki belakangnya kaku. Ambo mengejarkannya ke Klinik Veterinar dan pembantu klinik memberi suntikan dan ubat - katanya Comel demam sahaja. Malamnya keadaan Comel makin parah dan mengiau tak berhenti-henti. Kurang lebih jam 10 malam, ia telah mati di depan kami semua dalam usia tak sampai pun setahun.

Kesedihan Alia sampai ke kemuncaknya, kali kedua kucing kesayangannya telah mati tatkala Alia tengah gembira bermain dengan kenakalan dan kemanjaannya. Comel telah disemadikan di bawah pokok manggis belakang rumah malam tu juga. Bella yang tak mengerti sentiasa mencari-cari akan Comel, samada dikampung, dalam kereta dan selepas balik ke Dungun. Rindu gamaknya.

Selepas ini ambo akan menulis kisah Bella pula.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009