Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


01 April 2009

Sup Siam Tulang Lembu Tempatan

Semua jenis sup memang sedap, samada sup tulang, sup ekor, sup gearbox ataupun sup tulang. Hari ini isteri ambo masak sup siam tulang lembu. Kalau di Kelate, boleh dikatakan 99% kedai akan menggunakan tulang lembu tempatan untuk dibuat sup. Berbeza dengan negeri Teranung, kebanyakan kedai makan menggunakan tulang import untuk dibuat sup. Kesedapannya agak kurang untuk selera ambo. Bukan tiada kedai yang guna tulang lembu tempatan, tapi payah nak jumpa.

Selera ambo masih lagi cenderung kepada sup tulang lembu tempatan. Pagi tadi beli tulang RM15 sekilo kat Pasar Dungun. Masak macam sup tulang biasa cuma letak satu rempah sup bunjut dan satu rempah sup siam. Macam biasa, perah sikit limau nipis dan makan bersama sambal lada. Kesedapannya diterjemahkan dengan air mata dan air hidung yang mengalir semasa memakannya.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009