Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


30 Mac 2009

Putu Mayam

Nama : Putu Mayam
Harga : RM1.00 sahaja untuk 3 biji
Tempat Beli : Kedai Peringat, Kota Bharu, Kelantan
Komen : Sedap tapi manis sangat, biasa tak berapa manis

Putu mayam ialah sejenis pembasuh mulut bagi kategori kuih yang menggunakan kelapa parut dan gula melaka atau gula merah sebagai bahan utama. Namun, gula melaka menjadi pilihan kebanyakan penggemar kuih putu mayam.

Ia terkenal sebagai makanan hidangan pagi atau petang. Putu mayam ini mempunyai bau yang wangi kerana santan yang digunakan dicampurkan dengan daun pandan. Ia mengeluarkan aroma wangi yang mampu membangkitkan selera.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009