Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


31 Mac 2009

Solok Lada Kelate

Antara makanan kegemaran ambo adalah solok lada. Setiap kali balik Kelate, solok lada adalah benda utama masuk dalam senarai yang ambo mesti makan, samada beli ataupun dibuat oleh isteri atau mak mertua ambo.

Kalau kat Dungun ni, isteri ambo biasa juga buat sendiri. Sekarang ni lada yang ambo tanam kat belakang rumah berbuah lebat dan sesuai dikutip untuk dibuat solok lada. Dapat la buat sebanyak 15 biji je dan sempat lagi bagi kat jiran-jiran untuk makan tengahari.

Solok lada Kelate sedikit berbeza dengan solok lada Teranung (dipanggil sarok lada) bukan sahaja dari segi pembuatan tetapi juga dari segi rasa. Solok lada Kelate guna ikan mentah manakala sarok lada Teranung guna ikan rebus. Solok lada Kelate direbus dengan santan tetapi sarok lada Teranung dikukus.

Lidah Kelate ambo sentiasa sukakan solok lada Kelate.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009