Contoh pokok adalah seperti mempelam, pokok kari, limau nipis dan limau purut. Semua yang ambo sebutkan tu ada dilaman belakang dan sekeliling rumah ambo. Kali ini ambo nak masukkan cerita pasal nangka madu. Pokok nangka madu ni ambo beli kat nurseri dengan harga RM8 sahaja dan mula berbuah selepas setahun setengah. Buah pertama sempat makan sikit sahaja kerana buahnya busuk dan tidak sedar ianya sudah masak. Buah kedua nya elok sebab ambo sempat balut dengan baju lama. Begitu juga buah ketiga dan seterusnya. Gambar di atas adalah buah yang ada kat pokok sekarang ini. Adalah lebih kurang 10 biji, kalau ada rezeki boleh la jiran ambo merasa nangka madu lagi.
Setakat hari ini buahnya masih lagi kecil-kecil dan hanya seberat antara 5 hingga 8 kilo sahaja sebiji. Pokonya sedang membesar dan mungkin satu hari nanti buahnya boleh membesar macam yang ada kat pasar-pasar tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan