Hari ni saing-saing ambo menganjurkan satu kerja sosial yang dipanggil Corporate Social Responsibility di salah satu tempat hafiz Quran - Madrasatul Quran, Kg Pinang Mas, Dungun. Usaha murni mereka bermula sejak dari minggu lepas lagi. Antara aktiviti adalah penyampaian sumbangan keperluan harian, wang dan kadangkala termasuk pembaikian rumah para penduduk miskin di sekitar Kemaman, Kerteh, Paka dan Dungun.
Aktiviti hari ini adalah untuk menyampaikan sumbangan dan sedekah dari dari company dan kakitangan kepada pihak madrasah. Selain itu mereka merancang projek membaiki tangga masjid dan lain-lain lagi. Kehadiran hari ini tidaklah menggalakkan, hanya seramai 12 orang dan hanya kerja membaiki tangga sempat disiapkan. Sebahagian bangunan disini adalah sumbangan orang ramai yang prihatin. Para pelajar disini seramai 65 orang - ada yang semuda 8 tahun - dari seluruh negara termasuk dari Sabah!
Madrasah ini sudah lama beroperasi tetapi masih lagi tidak dapat disiapkan sepenuhnya terutama masjid yang menjadi tempat utama segala aktiviti mereka. Kami berazam untuk datang semula dan menolong mereka dimasa akan datang.
Pernah seorang ustaz berkata "jika kita tidak mampu menjadi hafiz, usahakan anak-anak kita menjadi hafiz, jika masih lagi tidak mampu, usahakan dan bantulah mereka-mereka yang mahu menjadi hafiz".
Maukah anda semua menolong mereka? Segala bentuk bantuan amat diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan