Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


08 Mac 2009

Buahan Tempatan Dari Utara

Semasa percutian ke Perak dan Penang tenpohari ambo sempat la membeli buah-buahan yang biasanya terkenal dan datangnya dari negeri berkenaan. Limau bali dan jambu batu tanpa biji ni ambo beli di Kamunting. Boleh juga didapati di setiap hentian rehat sepanjang lebuhraya PLUS. Harga jambu batu tu RM5 sekilo dan limau bali tu RM4.50 sekilo. Harganya agak mahal dari biasa kerana buah-buahan tu sekarang dah berkurangan dan berada di penghujung musim. Kedua-dua buah ni sedap dimakan samada dengan kuah rojak buah atau debu asam boi yang biasanya dijual bersekali di gerai berkenaan. Kebiasaan orang Kelate makan "ccolek" je.

Semasa di Penang hari tu, ambo belilah jeruk buah pala dan hirisan buah pala kering ni. Biasalah kan, Penang dan buah pala tu sinonim. Sepaket kecil produk buah pala ni berharga RM2.00 sahaja. Dijual diatas dan di pintu masuk Bukit Bendera.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009