Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


13 Mac 2009

Ikan Baung Masak Tempoyak

Dua hari lepas ambo makan tengahari berlaukkan ikan baung masak tempoyak. Masakan dari tempoyak buatan sendiri dan campur pula dengan timun tua. Sedap weh sampai tambah nasi.

Ambo beli ikan baung ni dari Pak Sedara ambo. Ini ikan baung ori dari sungai, bukan ikan baung bela dalam sangkar atau kolam. Ikan baung sungai adalah sepuluh kali lebih sedap dari yang dibela.
Resipi masak tempoyak ni isteri ambo ambil dari adik ambo yang bersuamikan orang Perak. Hari tu pergi rumah dia, sekali dia masak sebarau masak tempoyak, sedap hingga menjilat tulang.

Biasanya orang Perak dan orang Pahang adalah pakar dalam masakan tempoyak ni.
Sekarang ni orang Kelate pun sudah jadi pakar - isteri ambo la tu.

1 ulasan:

Nur Cahaya berkata...

asSalam.. Boleh bagi resipi penuh tak?

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009