Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


01 Februari 2009

Gulai Ikan Kering + Nenas

Salah satu resipi orang Kelate adalah gulai atau masak lemak ikan. Tak kiralah samada ikan segar, ikan rebus ataupun ikan kering. Malam ini ambo makan gulai lemak ikan kering (cencaru dan gelama) yang dicampur dengan potongan nenas muda. Sambal adalah satu kemestian untuk tambah selera. Biasanya resipi ni di makan masa pagi - dipanggil makan nasi blauk sebagai sarapan. Tapi ianya tidak tertakluk kepada masa dan ketika. Sesuai dimakan dimana sahaja dan setiap ketika.

1 ulasan:

Nur Cahaya berkata...

Best la blog encik. Saya nak bagi pendapat, harap encik tak marah. Kalau boleh..(kalau boleh la), setiap resipi orang klate & trengganu yang encik paparkan di blog encik ini, berilah resipinya sekali. Sebab..saya kahwin dengan orang kelantan, tapi tak tahu sangat makanan orang kelantan (sebab suami jenis 'tak apa, ok je isteri masak apa2' ). 1 hari tu, saya pergi makan dgn kawan2 kelantan kat kedai self-service. Saya nak makan nasi kerabu, tapi saya ambil semua lauk (sebab ingatkan itu semua lauk yang 'kemestian' nasi kerabu). Kwn2 tengok je, tapi tak tegur. Lama lepas tu, baru diorg bgtau. Malunya saya..hehe. Maksud saya, saya tak tahu lauk ini dimakan dgn apa, waktu bila & sbgnya. Bagus saya jumpa blog encik ni, byk juga informasi yg sy dapat. Lastly, tq sbb sudi baca komen saya ni, tapi jgn publish ye.. Panjang sangat. Jgn lupa..resipi..resipi.. :D

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009